Apakah Perbezaan Taktikal Terengganu Di Bawah Ahmad Yusof?

Setelah kempen Liga Super 2015 yang hambar di bawah Haji Abdul Rahman Ibrahim, Terengganu beralih kepada pembantunya – Ahmad Yusof.

Keputusan ini adalah respon kepada 6 kekalahan beturut-turut yang dicatatkan Terengganu ketika berada di bawah kendalian Haji Abdul Rahman. Ketika ini, Terengganu hanya menjaringkan 4 gol dan bolos 12 gol.

Tugasan pertama Ahmad Yusof adalah perlawanan menentang Sarawak pada 4 Julai lepas. Dan beliau nyata tidak mengecewakan majikannya. Terengganu menang 4-2.

Di bawah kendalian Ahmad Yusof, Terengganu hanya kalah sekali (kepada Felda United 0-1 di Selayang).

Ahmad Yusof membawa Terengganu menang 8 daripada 9 perlawanan, menjaringkan 23 gol dan bolos hanya 8 kali.

Paling menarik, Ahmad Yusof hanya memerlukan 9 perlawanan untuk menyumbang 57.5% daripada keseluruhan gol yang dijaringkan Terengganu sepanjang musim Liga Super 2015.

Dan perlu diingat ketika Ahmad Yusof mengambil alih Terengganu, Paulo Rangel sudah digantung.

Persoalannya apa yang dilakukan oleh Ahmad Yusof? Inilah yang saya cuba kupas kali ini.

1. Menyerang dengan laju dan mengamalkan taktikal ultra attacking football

Pemain Terengganu mempunyai kemahiran teknikal dan memiliki kelajuan tinggi. Dua aspek inilah yang dimanfaatkan oleh Ahmad Yusof.

Terengganu mula menjadi pasukan yang sangat efektif ketika melakukan serangan balas (counter attack) yang pantas.

Pemain tengah seperti Ismail Faruqi mula mendapat kembali momentum bermain dalam kesebelasan utama. Walaupun beliau diletakkan sebagai penyerang.

Ahmad Yusof sentiasa meletakkan ramai pemain di banyak zon serangan (di kawasan final third) untuk memastikan mereka mendapatkan gol.

Dalam pasukan Terengganu, menang tipis adalah bukanlah satu pilihan. Ahmad Yusof mahukan gol kedua. Kemudian ketiga dan seterusnya.

Inilah satu sebab mengapa Terengganu kerap gagal melakukan clean sheet. Tetapi ia tak bermaksud jentera pertahanan Terengganu tak berkesan seperti jentera serangan.

Sebaliknya ia adalah testimoni kecekapan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawi.

Meskipun pasukannya bermain dengan taktikal ultra attacking, Sharbinee masih mampu mencatatkan 3 clean sheet.

Contoh taktikal ultra attacking football Terengganu di bawah Ahmad Yusof:

contoh plan ultra offensive tactic Ahmad Yusof

2. Kualiti menjaringkan gol

Kejayaan paling utama Ahmad Yusof adalah mengkalibrasi jentera serangan Terengganu sehingga menjadi antara jentera serangan paling tajam di kawasan final third.

Meskipun kehilangan Paulo Rangel, Terengganu masih mampu menjaringkan gol sesuka hati mereka.

Dalam 6 perlawanan pertama kendalian Ahmad Yusof, purata jaringan mereka adalah 3.1 gol setiap perlawanan. Ia amat tinggi.

3. Meletakkan pemain di posisi kuat/terbaik

a. Gustavo Lopez sebagai box-to-box midfielder

Ashaari di second striker, Ismail Faruqi di no.10 dan Gustavo di center midfield box to box.

Sebelum ini, anda mungkin selalu tengok Gustavo Lopez kerap bermain di posisi central attacking midfielder atau di posisi pemain sayap.

Contoh taktikal Terengganu di bawah Haji Abdul Rahman (vs JDT):

salah satu sample rawak formasi pilihan Haji Man

Ahmad Yusof bagaimanapun lebih gemar Gustavo Lopez beroperasi di tengah dan mengutip bola daripada jentera pertahanan.

Beliau bergerak dari kotak penalti pasukannya (untuk bertahan dan mengutip bola) ke kotak penalti pasukan lawan (untuk menyerang dan merancang serangan).

Di bawah Ahmad Yusof, tugas Gustavo Lopez lebih terarah sebagai box-to-box midfielder.

Contoh taktikal Terengganu di bawah Ahmad Yusof (vs Pahang):

Sampel Taktikal dan Formasi Ahmad Yusof

b. Norshahrul Idlan Talaha sebagai modern no.9

Seperti Haji Abdul Rahman, Ahmad Yusof turut menggunakan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang utama ketika perlawanan menentang Sarawak pada 4 Julai 2015.

kesebelasan utama menentang Sarawak pada 4 Julai

Tetapi ketika Terengganu sedang merancang serangan (building up attacking play), Norshahrul diarahkan untuk mengutip bola di kawasan sayap (channel) sebelum menyerang byline.

Ini bermakna, Norshahrul akan bergabung dengan pemain sayap Terengganu (sama ada Ashaari Samsudin atau Fakhrurazi Musa) untuk mencipta situasi 2v1 di kawasan bek kanan dan kiri lawan.

pelan taktikal Ahmad Yusof dengan Mat Yo sebagai no.9 moden

Dalam erti kata lain Norshahrul menjadi pemain no.9 yang moden dalam taktikal ini. Beliau bukannya menunggu servis di dalam kotak sebagai target man.

Pasangan serangan Norshahrul, Ismail Faruqi pula seakan-akan bermain sebagai false 9 yang kemudiannya menjadi penyerang utama.

4. Penggiliran pemain

Dengan lambakan perlawanan sekitar bulan Julai dan Ogos, Ahmad Yusof menggunakan squad depth pasukannya untuk memastikan pemain utamanya sentiasa cergas dan tidak kepenatan.

Ketika ketua jurulatih lain terlalu bergantung harap kepada pemain kesebelasan utama, Ahmad Yusof kerap menggilirkan pemain-pemainnya.

Ismail Faruqi, Ashaari Samsudin, Fakhrurazi Musa dan Zairo Anuar kerap digilirkan.

Ketika inilah Terengganu mula memasukkan nama-nama pemain muda ke dalam pasukan.

Tidak hairanlah pada tempoh yang sibuk ini, Terengganu mampu mencatat 6 kemenangan berturut-turut.

5. Kefahaman taktikal

Di bawah taktikal Ahmad Yusof, setiap pemain mempunyai tugas yang jelas.

Nordin Alias semakin komprehensif dengan tugas sebagai midfield destroyer.

Walaupun beliau ada melakukan kesilapan (back pass yang menyumbang gol Makeche Ndumba ketika kekalahan 0-1 kepada Felda United di Selayang), Nordin masih menjalankan tugas baik untuk melindungi 4 pemain pertahanan di belakangnya.

Pemain sayap mula faham beza sistem wide forward dengan side midfielder.

Dalam sistem wide forward yang dilaksanakan dalam formasi 4-3-3, tugas pemain sayap bukanlah untuk membuat hantaran lintang.

Sebaliknya mereka perlu menyerang kotak penalti pihak lawan – seperti penyerang tengah; cuma mereka diletakkan di kawasan sayap.

Dalam sistem side midfielder yang dilaksanakan dalam formasi 4-4-2, barulah pemain sayap perlu membuat hantaran lintang secara aktif.

Norshahrul juga kembali menggunakan kelebihan semulajadinya – menewaskan pemain pertahanan di kawasan byline. Seperti apa yang beliau lakukan dalam gambar di bawah:

lakaran analisis Terengganu v Sarawak pada Julai 2015

Kesimpulan

Ketika berada di bawah kendalian Haji Abdul Rahman, Terengganu hanya menang 4 kali daripada 13 perlawanan Liga Super 2015.

Jentera serangan Terengganu di bawah Haji Abdul Rahman pula hanya menjaringkan 16 gol dalam 13 perlawanan. Jentera pertahanan mereka pula bolos 24 gol dalam tempoh sama.

Dengan pemain sama yang diwarisi daripada bekas bosnya, Ahmad Yusof berjaya menukar Terengganu menjadi pasukan yang memenuhi potensi mereka. Hanya dengan sedikit pertukaran taktikal.

Baca juga: ANALISIS PENJARING IMPORT DAN TEMPATAN LIGA SUPER 2015

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN