Sempena kejayaan Real Madrid menjuarai La Liga baru-baru ini. Jom kita belajar macam mana hendak bermain dengan taktikal serangan balas pantas ala Real Madrid dalam FIFA 17.
Formasi yang sesuai untuk bermain corak serangan balas pantas adalah:
- 5-2-1-2
- 4-3-3 menyerang
Corak mengerakkan pasukan
Kelajuan: 80
Hantaran: 65
Posisi pemain: Bebas (free form)
Apabila kelajuan ditinggikan, pergerakan permainan (build-up) dari semua pemain akan menjadi lebih laju, jadi pemain akan lebih pantas untuk melakukan transisi daripada bertahan kepada menyerang.
Hantaran diletakkan kepada 65 supaya posisi pemain boleh menerima hantaran pendek dan juga hantaran tinggi kerana dengan angka 65 ini, ia akan menggabungkan hantaran pendek dan juga hantaran jauh.
Posisi pemain juga perlu dalam keadaan bebas untuk memudahkan pemain mengisi position yang kosong.
Mencipta peluang
Hantaran: 70
Rembatan: 20
Hantaran lintang: 70
Hantaran perlu diletakkan pada tahap yang tinggi supaya mudah untuk melakukan hantaran-hantaran yang berbahaya walaupun risiko untuk hantaran tersebut dipintas oleh pihak lawan adalah tinggi .
Rembatan perlu direndahkan supaya pemain-pemain berada di dalam kotak penalti dan bukan di kawasan D penalti untuk melakukan percubaan.
Hantaran lintang pula perlu ditinggikan supaya akan ada pergerakan dari sebelah sayap untuk menghantar bola kepada target man.
Corak bertahan
Tekanan: 70
Tahap agresif: 65
Keluasan bermain (width): 65
Tekanan perlu diletakkan dalam keadaan tinggi supaya pihak lawan tidak mempunyai masa yang lama untuk melakukan gerak untuk menyerang.
Selain itu dan supaya kita dapat intercept dan melakukan serangan balas pantas.
Tahap agresif para pemain perlu ditetapkan kepada 65 supaya tidak terlalu ramai pemain yang pergi untuk merampas bola dan keluasan bermain perlu ditetapkan juga kepada 65 supaya ruang untuk bertahan dapat dikompakkan.
Namun begitu, strategi ini merupakan pendapat peribadi saya sahaja. Jika anda ada idea lain anda juga boleh berkongsi sekali!
Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Amirul ‘AmTuah’ Afandi yang merupakan pemain e-sukan negara. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .