Taktikal menyerang adalah elemen penting dalam futsal. Futsal adalah sukan yang memerlukan sesebuah pasukan itu cepat dan pantas bertindak.
Berikut adalah 5 taktikal menyerang yang efektif dalam futsal.
1. Kembangkan sayap
Mengembangkan bahagian sayap adalah untuk memastikan 2 bahagian sayap siap sedia untuk menggerakkan serangan. Ada yang memanggil ia ‘stay wide’.
Ada pasukan memang meletakkan 2 pemain sayap mereka benar-benar statik di atas ataupun di bahagian tengah. Dan ada juga selesa dengan sistem seperti pertukaran pemain sayap (rotation).
Terpulang kepada keselesaan masing-masing.
Ini adalah contoh di mana fixo (last man) sedang membina serangan. Dalam futsal pivot adalah penyerang utama / target man.
Pivot ini yang akan turun naik menghubungkan antara bahagian. Dalam sistem ini, 2 pemain sayap terus mengambil posisi di sayap. Pivot memainkan peranan penting.
Taktikal ini memang sangat popular terutama sekali yang menggemari foramsi 1-2-1.
Namun pastikan pasukan anda kemas dalam hantaran ke sayap dan pivot yang baik dalam linking up. Ini kerana ruang di tengah itu agak terdedah. Elakkan hilang bola terlalu mudah.
2. Serang berdasarkan orientasi pemain
Taktikal ini juga antara elemen yang digunakan dalam power play. Di mana anda menyerang zon pemain lawan secara 1 v 1.
Ianya sangat berkesan untuk pasukan yang memiliki kelebihan secara teknikal ataupun pasukan anda ada pemain yang lebih baik secara 1 lawan 1.
Lihat contoh di bawah ini. Dan untuk power play ataupun ultra offensive anda boleh naikkan penjaga gol untuk membantu.
Fokus anda bukannya ruang tetapi cuba mengalahkan (eliminating) pemain secara teknikal. Nasihat kami jika lawan anda ada kelebihan teknikal yang ketara, elak taktik ini.
3. Peraturan 3 saat
Setiap pemain tidak boleh berada di satu zon lebih daripada 3 saat kecuali mereka sedang membawa bola.
Peraturan 3 saat ini adalah untuk memastikan pemain sentiasa bergerak di dalam gelanggang dan mencari ruang.
Taktikal ini sangat baik untuk menanam disiplin dalam diri pemain untuk bermain taktikal yang intensif.
Ia juga meningkatkan tanggungjawab pemain untuk sentiasa bergerak dalam situasi tanpa bola.
Ingat dalam bola sepak ataupun futsal, pergerakkan tanpa bola itu sangat penting.
4. Permainan individu
Ya, futsal adalah permainan yang memberikan anda peluang jika anda pemain individu yang bagus. Namun keupayaan individu itu hendaklah digunakan pada masa yang betul.
Gerakan badan sangat penting dalam futsal. Gerakan mengacah (fake moves) adalah salah satu kriteria yang harus dimiliki seorang pemain futsal tak kira anda bermain posisi apa.
Taktikal ini lebih bergantung kepada keupayaan memanipulasi lawan dengan mengacah dan juga memanpulasi blind side.
Anda boleh baca artikel ini, antara salah satu gerakan penting.
Gerakan Back Door Cut Adalah Ancaman Tahap Tinggi Dalam Futsal
Anda berlatih melepasi ‘marker’ anda dengan kebijaksanaan bergerak dalam ruang kecil.
Jadi anda boleh memberitahu rakan ataupun pasukan anda, banyakkan permainan individu atau bahasa mudahnya lebih tamak.
Jika anda nak mengaktifkan taktikal ini. Gunakan ia pada masa sesuai.
Mungkin anda mahukan pemain paling teknikal dalam pasukan anda lebih tamak dan diberikan kebebasan untuk lebih individualisitik dalam keadaan tertentu.
Ia boleh memberikan keseronokan kepada anda jika dilakukan dengan betul. Tapi jika terlalu individu, akan menjadi satu masalah.
Tapi jika anda bermain santai waktu malam ataupun petang, taktikal ini biasanya paling kerap wujud dan anda tak berapa gemarkannya, betul tak?
5. Power play
Pasti ramai pemain futsal tahu akan taktikal ini. Ianya digelar taktikal ‘all out attack’ untuk mencari gol pada saat genting.
Penjaga gol akan terlibat di dalam serangan dan sudah pastinya ada kelebihan numerical di bahagian serangan.
Futsal adalah permainan yang menggunakan sistem pertukaran bebas, pada fasa serangan akan dimasukkan penjaga gol yang memiliki kemampuan menggelecek, melakukan percubaan gol.
Sebab itu kerap berlaku pertukaran segera pada fasa pasukan bertahan. Kerana kadangkala pemain yang bermain sebagai penjaga gol itu memang tak bagus sebagai seorang penjaga gol tetapi diaktifkan sebagi penjaga gol untuk power play.
Power play memerlukan penjaga gol masuk segera ke zon lawan. Kenapa?
Ini kerana peraturan futsal, penjaga gol hanya boleh mengawal bola 4 saat di kaki mereka sekiranya berada di zon sendiri. Ianya satu kesalahan dan memberikan sepakan percuma tak terus (indirect free kick) kepada lawan.
Namun apabila berada di kawasan lawan, penjaga gol tak tertakluk kepada peraturan ini. Pada fasa inilah ianya digelar power play.
Penjaga gol digelar flying goal keeper dalam taktik ini. Ini antara contohnya:
Kekuatan taktikal ini adalah kelebihan secara numerical. Kelemahannya pastinya risiko serangan balas dan juga rembatan dari jarak jauh ketika gol tiada penjaga gawang.
Pastikan pasukan anda rajin dan intensif di kawasan lawan serta rajin kejar balik ketika hilang bola.
Rumusan
Itulah antara 4 taktikal yang boleh anda praktikan ketika bermain futsal bersama rakan-rakan anda.
Paling penting dalam futsal adalah anda tidak terlalu tertekan. Cuba nikmati perlawanan itu sebaiknya.
Tanamkan mentaliti yang betul dan kuat. Fokus yang tinggi di dalam gelanggang.
Seterusnya pastikan anda banyak berlatih secara berpasukan dan latihan tambahan secara individu termasuk latihan ‘shooting’ dan ‘passing’.
Latihan secara berpasukan pastinya menekankan aspek taktikal seperti larian tanpa bola, sistem serangan, counter attacking, bertahan, komunikasi, link up dan banyak lagi.