Analisis Taktikal: JDT Bergelut Mencari Platform Taktikal Ketika Menentang Bangkok United

Dalam analisis taktikal kali ini, kami hanya fokus kepada taktikal JDT di dalam perlawanan kelayakan ACL 2017 menentang Bangkok United.

Taktikal JDT

Minit 1-20

Dalam perlawanan ini JDT bermula dengan formasi 4-2-3-1. Namun apabila perlawanan berjalan (in-game) mereka jelas bermain 4-4-2 dengan sistem tanpa penyerang tulen (strikerless).

Minit 20-30

Ini adalah fasa terbaik JDT dalam perlawanan ini. Mereka bermain dalam sistem 4-2-3-1 dengan 2 pemain sayap mereka berada di half-space. Azamuddin Akil sangat cemerlang pada fasa ini.

Mereka cuba membentuk 4-3-3 ketika menyerang. Pada fasa ini Brian Ferreira bermaim false no.9 lebih baik.

Peranan false no.9 adalah untuk membantu melepaskan pemain di sebelah mereka. Biasanya mereka akan turun sedikit di sekitar zon 14 untuk menerima bola.

Fasa ini, JDT berjaya melepaskan Safawi dan Azamuddin dengan lebih taktikal. Azamuddin Akil memberikan lebih ancaman dalam fasa ini.

Namun kelemahannya adalah Safawi Rashid sangat lemah untuk turun membantu pertahanan. Fazly Mazlan berjuang sendiri di belakang ketika bertahan.

Safiq Rahim pula jelas ‘sesat’ dalam fasa ini. Beliau tidak tahu di mana posisi yang harus beliau mainkan. Kerapkali berada di bahagian kanan dan berlaku pembaziran kuantiti di situ.

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, ketika mereka menaikan Safiq Rahim ke peranan no.8 dan Amirulhadi berseorangan di belakang untuk membentuk 4-1-4-1.

Pada awalnya saya menjangkakan ia technical error. Ia mungkin kerana Safiq Rahim meninggalkan posisi. Tetapi jelas tidak ada arahan untuk Safiq Rahim untuk aktif membantu di barisan pertahanan.

Ketika ini JDT sangat terdedah dengan ancaman. Bangkok City mulai bermain hantaran panjang. JDT juga nampak sangat lemah bertahan di zon 14.

Ini adalah beberapa titik lemah pasukan JDT ketika fasa 4-1-4-1.

Isu yang turut harus digariskan Mora adalah cara mereka menangani serangan lawan yang agak pasif.

Marcos Antonio dan Fahdli Shas kerap ternganga (ball Watching), namun ia ditutup oleh kehebatan Farizal dan ketumpulan Bangkok United.

Fasa pertukaran taktikal dengan no.9

Mengeluarkan Brian Ferreira mungkin ada sebab teknikal. Mungkin isu kecergasan dan sebagainya. Ini kerana, jika tidak ada isu teknikal ia adalah pertukaran lemah.

Pemain ini menjadi pemain yang paling selesa dengan bola selain daripada Azamuddin Akil. Namun formasi terbaik mereka pada fasa 20 minit ditukar.

Hazwan Bakri sangat lemah sumbangan dalam perlawanan ini. Pemain ini tidak melakukan sentuhan langsung di dalam kotak penalti.

Mereka memasukkan Nazmi Faiz menggantikan Safawi Rashid. Namun fasa akhir 90 minit JDT lebih kepada bertahan.JDT seakan-akan memang mahu mengheret perlawanan ini ke penentuan sepakan penalti.

Banyak aksi melengahkan perlawanan yang ketara.

Masa tambahan

Kemasukan Jeronimo Baralles adalah untuk melakukan 2 perkara. 1 menerima hantaran lintag sebagai target man. kedua adalah untuk membantu pertahanan pada fasa akhir dengan fizikal beliau yang besar.

Beliau masuk terus melakukan foul. Selepas itu melakukan assist. Seminit kemudian melakukan silly red card. Itulah hikayat Baralles di dalam perlawanan ini.

Isu yang harus diperbaiki

Mora menggunakan apa sahaja yang termampu untuk sampai ke penentuan penalti. Mereka jelas sangat bersedia untuk rutin itu.

Lihat sahaja barisan pemain yang mengambil tugasan itu. Kesemua mereka nampak yakin. Farizal Marlias juga meneruskan kecemerlangan beliau.

Isu yang harus diperbaiki Mora adalah, peranan Safiq Rahim di dalam pasukan beliau. Seterunsya adalah kajian kepada sistem pivot yang berkesan.

Safawi Rashid bukan pemain side mifielder. Dia adalah penyerang sayap (wing forward).

Jika mahu menjadikan dia pemain sayap dalam sistem side midfielder, Mora perlu menambah rutin latihan Safawi dari segi track back dan juga melakukan hantaran lintang.

Zon 14 JDT terlalu terdedah kepada ancaman. Amirulhadi jelas seorang penghantar bola yang baik namun untuk tugasan bertahan yang lebih fizikal, beliau masih banyak kelemahan.

Namun kelebihan Amirul adalah dia berdisiplin untuk kekal di posisi quarter back dan dihadapan bek tengah sepanjang masa.

Rumusan

Ia adalah satu perlawanan yang sukar untuk JDT. Mora masih mencari formasi dan taktikal terbaik untuk semua pemain di dalam kesebelasan utama.

Kemenangan ini adalah kerana aspek teknikal iaitu individu berjaya beraksi cemerlang. Safiq Rahim tidak mensia-siakan peluang yang ada walaupun secara taktikal, sepanjang perlawanan dia agak hilang.

JDT secara keseluruhannya tidak bersedia dengan formasi terbaik dalam perlawanan ini. Mereka harus selesaikannya segera.

Apapun tahniah JDT kerana mara ke pusingan ke-3 kelayakan!

Baca juga: Bangkok United vs. JDT: Harimau Selatan Mara Ke Play Off Terakhir ACL 2017!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN