Pep Guardiola dan Jose Mourinho, 2 individu yang cukup besar pengaruhnya dalam bola sepak.
Kedua-dua pengurus ini boleh dikatakan pengurus yang berjaya dalam karier masing-masing. Ketika Guardiola menguasai liga di Sepanyol dan Jerman, Mourinho menguasai bola sepak di England dan Itali.
Percubaan Guardiola untuk menguasai Premier League setakat ini tidak mampu memberikan hasil positif, taktikal permainan beliau telah mengundang persepsi yang cara permainan beliau itu ‘menyusahkan’ bola sepak.
Ia diperkatakan oleh seorang wartawan di England iaitu Neil Custis.
Beliau memberi satu kesimpulan yang taktikal Guardiola lebih kepada ‘menyusahkan’ bola sepak
Bagi Custis, taktikal Guardiola yang suka mencipta permainan dari bawah telah banyak menyusahkan pasukannya. Hal ini dapat dilihat ketika perlawanan menentang Bournemouth.
“Ada beberapa kali Bournemouth berjaya memerangkap pertahanan Manchester City ketika mereka bermain hantaran-hantaran pendek.”
“Mereka nyata tidak tahu macam mana nak pastikan bahaya itu tidak datang lagi kepada mereka.”
Menurut Custis, Manchester City seolah-olah tidak menujukkan sebarang peningkatan sejak musim lalu.
“Mereka sepertinya tidak ada peningkatan berbanding apa yang mereka peroleh pada musim lalu. Pertahanan mereka seolah tidak tahu nak buat apa!”
Tetapi bagi Custis, Jose Mourinho di Manchester United telah ‘memudahkan’ bola sepak.
3 kemenangan, 10 gol dan tanpa bolos meletakkan mereka kini ditangga pertama liga.
“Mourinho telah berjaya memberikan hasil yang baik kepada kelabnya. Beliau telah berjaya memberikan semangat yang kepada para pemain mereka.”
“Mourinho telah berjaya membuatkan Manchester United hebat semula selepas mengharungi musim-musim sukar sebelum ini.”
Sumber:
- Sky Sports (2017): Sunday Supplement: Pep Guardiola overcomplicates football, Jose Mourinho simplifies it; http://www.skysports.com/football/news/11661/11008458/jose-simplifies-pep-complicates