Taktikal Antonio Conte Buatkan Saya Menderita, Kata Morata

Selepas Willian dan David Luiz, kini giliran Alvaro Morata pula mengutuk bekas pengurus mereka, Antonio Conte.

Morata menyalahkan taktikal Conte sebagai punca beliau ‘menderita’ dengan prestasi di atas padang dan mengalami kecederaan.

Morata memulakan karier dengan sangat baik di Stamford Bridge, menjaringkan 6 gol daripada 6 penampilan.

Beliau turut menjaringkan gol untuk skuad kebangsaan. Selepas itu, Morata mengalami kecederaan dan haya mampu menambah 5 gol ketika kembali semula, 4 daripadanya dalam pertandingan piala.

Morata mendapat pujian Sarri dalam pra musim tempoh hari. Beliau menjaringkan gol dalam kemenangan 3-2 Chelsea ke atas Arsenal.

Morata memberitahu, beliau lebih selesa dengan Sistem Maurizio Sarri. Ketika ditanya oleh Cedena SER, sama ada beliau selesa dengan pengurus baharu beliau, Maurizio Sarri, ini jawapan Morata:

“Ya, ya, ya. Jawapan saya ya. Ini bukan ya suka-suka tetapi ya untuk cara bola sepak yang beliau mahu kami mainkan.”

“Jika sistem permainan bola sepak itu tak sesuai dengan saya, saya akan sangat menderita.”

Morata ditandatangani Chelsea dengan nilai £62 juta dari Real Madrid.

Chelsea’s French striker Olivier Giroud (L) leaves the pitch after being substituted off for Chelsea’s Spanish striker Alvaro Morata during the English FA Cup semi-final football match between Chelsea and Southampton at Wembley Stadium in London, on April 22, 2018. – Chelsea won the match 2-0. (Photo by Glyn KIRK / AFP) / NOT FOR MARKETING OR ADVERTISING USE / RESTRICTED TO EDITORIAL USE (Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Namun beliau bergelut dengan prestasi pada musim lalu. Membuatkan Conte secara terbuka menyatakan mereka perlukan seorang lagi ‘target man’ walaupun ketika itu Morata sudah kembali cergas.

Chelsea mendapatkan Olivier Giroud dari Arsenal. Conte terbuka memberitahu pasukan lain ada penyerang yang tajam tetapi mereka cuma ada Morata, yang tidak cukup bagus untuk pasukan yang mahu mencabar kejuaraan.

Ditanya sama ada beliau ada membaca ataupun mendengar kritikan daripada peminat ke atas beliau, Morata berkata:

“Pada hari ini, kritikan seperti itu normal. Chelsea melakukan segalanya untuk saya, tetapi mereka masih belum lagi mendapat pulangan setimpal.”

“Saya patut membalas balik 2 kali ganda selepas pemain yang mereka bayar gagal jaringkan 15 gol semusim.”

“Ada orang anggap kita ini mesin. Saya terpaksa berehat 3 bulan. Saya seorang profesional dan saya mahu berikan segalanya kepada pasukan.”

“Saya ketika itu sangat sakit, saya ke Jerman untuk menemui doktor. Mereka membayar jet peribadi untuk saya.”

“Mereka anggap saya berpura-pura ketika melihat apa yang ada di instagram saya.”

“Mereka ingat saya hanya berkepit dengan isteri saya di rumah. Tak apalah, suatu hari nanti saya akan bukukan apa yang pernah saya lalui itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN