Analisis: 3-5-1-1, Taktikal Unik Conte Sebagai Pasukan ‘Cedera’

Tidak dinafikan Antonio Conte pening dengan skuad beliau yang bergelut dengan masalah kecederaan dan kecergasan. Pada masa yang sama Conte masih belum mendapat beberapa pemain yang beliau mahukan di pasaran perpindahan untuk menguatkan ‘squad depth’.

Dalam perlawanan menentang Spurs, Antonio Conte tahu yang lawan mereka bermain dengan 3-4-2-1 yang mirip kepada 3-4-3.

Jika beliau menggunakan sistem 3-4-3, ia berpotensi akan mewujudkan ‘mirroring’ ataupun pertarungan secara langsung kesemua pemain di setiap zon.

Conte tidak memiliki pasukan utama terbaik. Jadi, beliau merasakan ia langkah membunuh diri untuk semata-mata menggunakan modal ego dan bermain 3-4-3.

Ini adalah gambaran pra perlawanan, bagaimana Chelsea 3-4-3 vs Spurs 3-4-2-1/3-4-3.

Jelas Spurs memiliki kelebihan teknikal. Pedro tidak berada dalam tahap kecergasan terbaik. Willian bukan pemain terbaik di posisi terebut. Morata dan Bakayoko masih dalam proses adaptasi.

3-5-1-1 pilihan terbaik

Sistem 3-5-1-1 Conte menyaksikan David Luiz bermain seperti pemain tengah kotak ke kotak (box to box). Kante dan Bakayoko menjadi pivot kepada pasukan.

Di bahagian serangan Conte meletakkan Morata sebagai penyerang no.9 tunggal. Manakala Willian diarahkan bermain peranan terapung (floating) di belakang Morata.

Pada perlawanan ini, Spurs menggunakan sistem 4-3-3. Namun mereka tetap pasukan yang lebih baik secara teknikal berbanding Chelsea.

Kekuatan

Kekuatan sistem ini adalah mewujudkan kelebihan kuantiti luar biasa (superior numerical advantages) di tengah. Mereka ada 3 atau 4 pemain di sekitar bulatan tengah dan 2 pemain bek sayap.

Ciri-Ciri

Sistem taktikal Chelsea semalam lebih defensif. Mereka memiliki penguasaan bola rendah dan jumlah hantaran di bawah 300. Pada masa yang sama, jumlah ketepatan hantaran juga sekitar 70%.

Anda boleh bayangkan yang mereka banyak melakukan hantaran terus ataupun bola tinggi.

Dalam proses untuk membina gerakan mereka akan membentuk unit 3-5-1-1 ataupun 3-6-1. Satu pendekatan yang defensif dan berasaskan ‘target man’.

Ketika menyerang mereka akan cuba untuk memenuhkan kawasan kotak penalti dengan 3 atau 4 pemain dan disokong oleh Kante dan Luiz. Kante dilihat lebih ofensif berbanding dengan aksi beliau sebelum ini.

Kekuatan

Jadi, ketika bertahan mereka boleh bertahan dengan 5-4-1 ataupun 5-3-2. Mereka mengecilkan ruang di tengah untuk dilalui oleh Spurs. Lihat bagaimana mereka mengetatkan ruang di tengah dan memaksa Spurs pergi ke sisi.

2 bek sayap mereka akan merantai 2 bek sayap pasukan lawan. Jadi unit pemain di kawasan tengah adalah untuk bertahan berasaskan ruang dan cuba memburu bola.

Tekanan yang kuat ke atas pemain Spurs di tengah bertiga. 3 pemain dengan minda defensif tinggi di tengah iaitu, Luiz, Kante dan Bakayoko. Mereka jelas membuatkan pemain-pemain tengah Spurs jadi tidak selesa.

Antara pemain Chelsea yang cemerlang di dalam sistem ini adalah Christensen. Christensen bermain di bek tengah tengah dalam sistem bek bertiga Chelsea.

Melakukan 100% hantaran tepat, memenangi 2 duel udara dan melakukan 4 hadangan (blocks). Beliau juga cemerlang dengan 9 ‘clearances’.

Tidak hairanlah kenapa Conte mengekalkan pemain ini dan meminjamkan Kurt Zouma ke Stoke.

Kelemahan

Dari segi permainan berpasukan, sistem ini lambat untuk digerakkan. Pemain mereka agak sukar untuk membentuk unit serangan segera di garisan tinggi.

Dari segi pertahanan, sistem yang terlalu ramai pemain ini berisiko apabila berhadapan dengan pemain lincah yang cuba memanipulasi keadaan dengan mencari foul di kawasan tertentu.

Rumusan

Chelsea mengambil masa yang agak lama untuk mencari rentak dalam sistem ini. Boleh dikira pada awal separuh masa pertama mereka sangat tidak terurus.

Namun pada selepas 20 minit dan juga pada separuh masa kedua, pemain mereka efektif untuk bertahan secara zonal dalam sistem ini.

Disiplin ketika bertahan sahaja tidak akan menghadiahkan kemenangan. Sebaliknya pasukan tersebut perlu mencari gol.

Aksi cemerlang Alonso menyempurnakan gol dari rutin sepakan bebas dan juga menyempurnakan gol minit akhir adalah faktor penting kemenangan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN