Chelsea sememangnya antara pasukan yang suka berbelanja besar dan mereka pada musim ini masih meneruskan tradisi yang sama walau bersama pemilik kelab yang baru.
Ramai peminat yang percaya bahawa Chelsea akan semakin lemah dalam pasaran pemain selepas Roman Abramovich tidak lagi bersama mereka.
Namun begitu, pemilik baru kelab, Todd Boehly berjaya membuktikan yang sebaliknya dengan The Blues masih lagi antara kelab paling berbelanja besar pada jendela perpindahan pemain Januari ini.
Chelsea just put together a January transfer window for the ages 👏 pic.twitter.com/XvW0SwWsUa
— ESPN FC (@ESPNFC) January 31, 2023
Sejak kelab diambil alih oleh ahli perniagaan dari Amerika Syarikat itu, Chelsea berbelanja seolah-olah tiada hari esok dan peminat bahkan semakin pelik melihat cara mereka berbelanja.
Para penyokong pasukan seteru turut menganggap yang Boehly berbelanja tanpa pedoman dan menunjukkan sikap yang beliau seboleh-bolehnya mahu terus beli kejayaan andai hal itu tak mustahil untuk dilakukan.
Selepas membeli kelab pada Mei tahun lalu, Boehly secara keseluruhannya telah membelanjakan £476 juta untuk mendapatkan 16 pemain baru.
The Blues mengeluarkan £88 untuk mendapatkan Mykhailo Mudryk, £72 juta untuk Wesley Fofana dan £50 juta untuk Raheem Sterling.
Nilai £476 juta itu masih lagi tidak termasuk harga £100 juta lebih yang baru sahaja mereka keluarkan hari ini untuk mendapatkan Enzo Fernandez dari Benfica.
🚨 Chelsea in the January transfer window:
🇨🇮 David Datro Fofana: £11m
🇫🇷 Benoît Badiashile: £34m
🇧🇷 Andrey Santos: £11m
🇵🇹 João Felix: £11m
🇺🇦 Mykhailo Mudryk: £88m
🏴 Noni Madueke: £30m
🇫🇷 Malo Gusto: £30m
🇦🇷Enzo Fernández: £115m#CFC pic.twitter.com/0W8tMuYfUb— Hrach Khachatryan (@hrachoff) January 31, 2023
Melihat cara bagaimana Chelsea berbelanja, ramai peminat yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh terselamat dari Peraturan Financial Fair Play.
Pada jendela perpindahan ini sahaja, Chelsea sudah berjaya mendapatkan Enzo, Mudryk, Benoit Badiashile, Noni Madueke, Andrey Santos, David Fofana dan turut meminjam Joao Felix dari Atletico Madrid.
Kelab dari London itu juga sebenarnya sudah berjaya mendapatkan Malo Gusto dari Lyon dengan pemain tersebut akan terus ke Stamford Bridge pada musim panas nanti.
Dek kerana The Blues terlalu menggila dalam berbelanja, maka ramai merasakan yang Boehly turut membayar UEFA dan FIFA supaya melindungi mereka dari peraturan FFP.
✅ Enzo Fernandez
✅ Malo Gusto
✅ Noni Madueke
✅ Mykhailo Mudryk
✅ João Felix
✅ Christopher Nkunku
✅ Benoît Badiashile
✅ Andrey Santos
✅ David Datro FofanaDid Chelsea just pull off the greatest Transfer Window of all time? 🤯 pic.twitter.com/NUXMgntfVm
— London Is Blue Podcast ⭐️⭐️ (@LondonBluePod) January 31, 2023
Namun adakah dakwaan itu benar? adakah Chelsea sudah melanggar peraturan FFP?
Sebelum menggali lebih dalam berkait hal ini, apa itu FFP yang sebenarnya?
Apa itu FFP?
Secara teorinya, FFP bertujuan untuk mengurangkan hutang kelab, namun realiti sebenar sebalik peraturan ini adalah untuk mengelakkan sesebuah kelab itu membeli kejayaan dengan segera kerana mereka berkemampuan.
Bagi pemilik yang kaya, jelas sekali tiada masalah untuk mereka membeli siapa sahaja untuk membantu kelab memenangi piala dan bagi mengelakkan hal tersebut berlaku, maka peraturan FFP ini telah diperkenalkan.
FFP dikira berdasarkan dari keuntungan dan ditolak dengan kos-kos, dan kelab tidak boleh menanggung rugi yang terlalu besar untuk memastikan mereka terselamat dari peraturan tersebut.
Chelsea’s long-term deals have now prompted UEFA to make changes to FFP 😳 pic.twitter.com/gHLuNoqrVO
— SPORTbible (@sportbible) January 23, 2023
Untuk menjadikan bola sepak terus kompetetif dan adil, maka sesebuah kelab itu tak dibenarkan berbelanja sesuka hati dan mereka perlu mematuhi had-had tertentun untuk mengeluarkan belanja.
Bagaimana Chelsea boleh terselamat dari FFP?
Chelsea boleh terselamat dari FFP kerana kebijaksanaan mereka dalam menguruskan akaun dan kontrak pemain.
Seandainya sesebuah kelab itu berjaya menjual pemain mereka, maka ia akan dianggap sebagai keuntungan dan akan membantu menyelamatkan mereka dari peraturan FFP.
Chelsea sebenarnya berjaya menjual ramai pemain dengan harga yang sangat baik dan hal tersebut membantu mereka untuk menjana keuntungan yang lumayan.
✍️Based on amortisation, Enzo Fernandez will cost Chelsea €14.2m every year on FFP record. #CFC pic.twitter.com/w6QjIvo49z
— Adjor🔱 (@thekingadjor) February 1, 2023
The Blues berjaya menjual Hazard dengan nilai yang sangat tinggi walau bintang Belgium itu sedang berada di tahun terakhirnya bersama kelab pada ketika itu.
Jelas sekali The Blues mengaut keuntungan yang sungguh luar biasa dahsyat pada ketika itu hasil penjualan Hazard kepada Real Madrid.
Chelsea juga turut berjaya menjana keuntungan yang lumayan hasil penjualan dua pemain dari skuad akademi mereka, Tomori dan Abraham.
Keuntungan dari penjualan pemain-pemain ini membantu menyelamatkan Chelsea dari peraturan FFP.
Satu lagi hal yang menyelamatkan Chelsea adalah kebijaksanaan mereka dalam mengatur kontrak pemain-pemain yang baru ditandatangani.
Fun fact: Chelsea have spent €600M this season.
But due to amortisation, they’ve only spent €75M, and have not violated a single FFP rule.
They’ve used that loophole like a bar of soap 😭😭😭 pic.twitter.com/PtMzwhAMLy
— IG: TheFootballRealm (@theftblrealm) February 1, 2023
FFP akan mengambil kira harga pemain dan tempoh kontrak mereka ditandatangani dan semakin panjang kontrak itu maka semakin bagus untuk menyelamatkan diri dari peraturan tersebut.
Rata-rata pemain baharu yang Chelsea tandatangani mereka bakal diberikan kontrak selama enam, tujuh dan terbaru Mudryk diberikan kontrak selama lapan tahun setengah.
Sebagai contoh, jika seseorang pemain itu dibeli dengan nilai £88 juta dan beliau diberikan kontrak selama lapan tahun setengah, maka FFP hanya akan mengira nilai pemain tersebut dengan membahagikan harga sebenar dibahagikan dengan tempoh kontrak.
Jadi, nilai pemain itu hanya akan dikira sekitar £10 juta sahaja kerana beliau mempunyai kontrak selama lapan tahun.
Namun begitu, jika pemain itu hanya diberikan kontrak selama empat tahun sahaja, maka FFP akan menilai pemain itu dengan harga £22 juta.
Chelsea is buying assets but stretching the tenor over longer periods. This allows them post less expense on their P & L, avoiding FFP sanctions
What can go wrong? Player is a dud, but has a 7 year contract
Everyone saw the loophole, only Chelsea took it. pic.twitter.com/5uJ26XIjB4
— Kalu Aja (@FinPlanKaluAja1) January 31, 2023
Chelsea juga turut melakukan hal sama dengan Fofana, Cucurella dan Sterling sendiri turut diberikan kontrak selama lima tahun.
Kebijaksanaan Chelsea memberikan kontrak jangka panjang secara tak langsung membenarkan mereka untuk berbelanja lebih besar dan tidak risau tentang peraturan FFP.
Jelas? tak jelas baca lagi sekali.
Jadi adakah Chelsea menipu atau guna taktik keji untuk beli pemain?
Everything in football is aimed at stopping Chelsea, the loan move whereby clubs are stopped to loan more players was aimed at stopping Chelsea. But we don't care, Chelsea's Boehly & Eghbali will go down as the first men who outsmarted UEFA and FFP rules. 💙✅ pic.twitter.com/uAT8zE3r6q
— Atvan🇳🇬💙 (@AtvanOfficial) January 24, 2023
Jawapannya tidak, The Blues menggunakan cara yang betul dan mereka sebenarnya menanggung risiko sendiri untuk menyimpan pemain itu lebih lama selepas memberikan kontrak jangka panjang kepada mereka.