Takiyuddin Hassan: Bekas Naib Presiden FAM Yang ‘Derhaka’ Kepada YDPA Kerana Menipu Dewan Parlimen

Takiyuddin Hassan

Nama Yang Berhormat (YB) Dato’ Takiyuddin Hassan, mencuri tumpuan selepas kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara dengan jelas menzahirkan dukacita Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai pembatalan Ordinan Darurat.

Baginda memetik Perkara 150(28) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubahan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Takiyuddin selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) memaklumkan di dalam Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa enam perkara dalam Ordinan Darurat telah dibatalkan sejak 21 Julai yang lalu oleh kabinet.

Ia sekaligus menimbulkan pertikaian oleh pelbagai pihak kerana ianya masih belum dipersembah atau diperkenankan oleh YDPA, sekaligus boleh mencetuskan  krisis Perlembagaan.

“Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai. Ahli-ahli Parlimen dari semua parti dengar,” ujar kenyataan tersebut yang disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin
“Kenyataan ini jelas menunjukkan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri telah melanggar semangat Perlembagaan, menghina institusi Raja, mengelirukan Dewan, tidak bercakap benar kepada Dewan,

“Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

“Baginda menegaskan bahawa kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat,” ujar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memberikan satu usul agar dibuat undian di dalam Dewan Parlimen agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan Perdana Menteri dengan serta merta.

Takiyuddin pernah dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN