“Tak Sejuk Ke Luqman?” – Luqman Hakim Seronok, Harap Rakan Cepat Sesuaikan Diri

Luqman Hakim sejuk kelayakan piala asia b-23 2022

Cuaca sejuk di Ulaanbaatar, Mongolia ketika ini adalah cabaran terbesar buat skuad B-22 negara apabila mereka bakal beraksi di bawah 10 darjah Celsius, namun bagi Luqman Hakim Shamsudin, beliau mengakui seronok.

Sudah lama berkelana ke Belgium bersama KV Kortrijk, penyerang berusia 19 tahun itu sudah biasa dengan cuaca sejuk, malah kelibatnya ketika sesi latihan di Stadium Nasional, Ulaanbaatar, turut mencuri perhatian.

Ketika rakan-rakan lain dilihat mengenakan kelengkapan musim sejuk seperti baju sedikit tebal, sarung tangan, sarung leher, topi, beliau pula dilihat dengan selamba berlatih tanpa sarung tangan dan sebagainya. Katanya kepada Berita Harian, “Saya rasa [jika] mereka bermain di tempat sejuk, mesti mereka rasa seronok.”

“Untuk saya sendiri, saya sebagai rakyat Malaysia, saya pergi sana saya rasa seronok, jadi tak ada masalah bagi mereka. Seronok memang seronok, tapi bermain dalam cuaca sejuk agak sukar,” ungkap Luqman Hakim lagi.

Tambahnya lagi, “Pernafasan agak sukar [main dalam cuaca sejuk]. Kita dari Malaysia, [berdepan perubahan cuaca] panas ke sejuk perlu ambil masa sedikit. Lima hari mungkin sudah cukup untuk kami persiapkan diri.”

Begitupun, sebenarnya, rata-rata pemain dalam skuad B-22 sudah biasa beraksi dalam cuaca sejuk sebegini apabila terlibat dengan aksi antarabangsa sebelum ini. Jadi, mereka dilihat akan cepat menyesuaikan diri.

instastory nik akif

Menurut pengendali, Brad Maloney, beliau yakin para pemainnya akan menyesuaikan diri dan tempoh lima hari sudah cukup buat mereka. Ujarnya, “Ia sesuatu yang kami boleh kawal dan selepas tiba di sana, kami punyai tempoh empat hari sebelum perlawanan pertama. Kami perlu sesuaikan diri dengan keadaan di sana.”

Untuk aksi kelayakan, Malaysia diundi bersama tuan rumah, Mongolia, Laos dan Thailand dalam Kumpulan J, dengan semua aksi akan berlangsung di Stadium Nasional di Ulaanbaatar pada 25 hingga 31 Oktober ini.

Skuad negara akan berdepan Laos pada 25 Oktober, sebelum disusuli Mongolia (28 Oktober) dan Thailand (31 Oktober) dalam usaha memburu slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.

Semua aksi skuad Harimau Muda akan ditayangkan dan boleh diikuti di saluran RTM Sports dan TV Okey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN