Selepas melihat Manchester United dibolosi empat gol pada aksi babak pertama, para penyokong mereka sepertinya sudah tidak sanggup untuk terus berada di stadium lagi.
Sebilangan besar penyokong Manchester United memilih untuk meninggalkan Etihad Stadium selepas melihat kelab kesayangan mereka itu dibelasah teruk oleh pasukan tuan rumah.
Skuad kendalian Erik ten Hag itu sepertinya telah melalui aksi 45 minit paling teruk sepanjang musim ini selepas mereka ketinggalan 4-0 di tangan juara bertahan saingan Premier League.
Match Report: #ManCity 6-3 Manchester United, #PL. 🔵🔴https://t.co/krIygrEoU3
— City Xtra (@City_Xtra) October 2, 2022
Phil Foden terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Man City seawal minit ke-8 permainan, sebelum Erling Haaland meledak dua gol untuk membantu The Citizens mendahului 3-0.
Haaland yang ketika ini sedang mendahului carta penjaring terbanyak saingan Premier League itu sepertinya terlalu sukar untuk dihadapi oleh barisan pertahanan Red Devils.
Bintang Norway itu kemudiannya mencatatkan assists untuk gol keempat Manchester City yang dijaringkan oleh Phil Foden.
Sebaik selepas Foden meledak gol keempat City, sebilangan besar penyokong Manchester United dilihat mula meninggalkan stadium.
Para penyokong Man United sepertinya sudah tidak sanggup lagi mahu melihat kelab kesayangan mereka terus dibedal oleh pasukan tuan rumah.
5 – Erling Haaland had a hand in five of Manchester City's six goals against Manchester United today (3 goals, 2 assists), the most goal involvements by a player in a single Premier League Manchester derby. Sensational. pic.twitter.com/FqGeCo3YGb
— OptaJoe (@OptaJoe) October 2, 2022
Mereka sudah cukup menderita melihat kelab kesayangan mereka dibolosi empat gol walau perlawanan masih lagi belum selesai 45 minit pertama.
Gary Neville yang ketika itu sedang mengulas perlawanan tersebut bersama Martin Tyler turut berkongsi pendapat yang sama dengan beliau percaya penyokong Man United sudah tak sanggup melihat kelab mereka dibelasah teruk oleh The Citizens.
“Ya, mereka dah tak sanggup.”
Jelas bekas pemain full-back Man United itu.
Para penyokong pasukan seteru juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik insiden tersebut dengan mereka menyamakan ia sama seperti insiden ketika bertemu Liverpool sebelum ini.
Manchester United fans are leaving the Etihad after the first half of the Manchester Derby 😳👀pic.twitter.com/yMlgSLT7g2
— SPORTbible (@sportbible) October 2, 2022
Penyokong Manchester United turut melakukan hal yang sama ketika mereka diaibkan oleh Liverpool pada musim lalu.
Musim ini, ketika melihat skuad mereka berjaya mempamerkan aksi persembahan yang agak cemerlang, para penyokong Man United mula mengusik The Citizens sebelum sepak mula perlawanan.
Walau bagaimanapun, belum sempat melihat pengadil membunyikan wisel penamat, kebanyakkan dari mereka sudah selamat tiba di rumah masing-masing.
"They've seen enough…" 🔴 pic.twitter.com/mA0eO5RzV7
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 2, 2022
Agak rugi untuk penyokong- penyokong yang pulang awal itu, kerana Man United sebenarnya berjaya menjaringkan tiga gol pada aksi babak kedua.
Walau bagaimanapun, tiga gol itu tidak cukup untuk mengubah apa-apa dengan Man City turut cemerlang memperoleh dua lagi gol pada babak kedua permainan.
Keputusan penuh, Manchester City berjaya menewaskan Manchester United 6-3 untuk terus mencabar Arsenal dalam merebut gelaran liga musim ini.