‘Tak Sampai 4 Bulan’ – Ranieri Dipecat Sebagai Pengurus Watford

Claudio Ranieri Watford

Kesabaran pihak pengurusan Watford akhirnya sampai di kemuncaknya apabila mengambil keputusan drastik untuk memecat Claudio Ranieri sebagai pengurus kurang dari empat bulan memegang jawatan.

Jurulatih warga Itali itu dilantik pada 4 Oktober tahun lalu dengan kontrak selama dua tahun menggantikan Xisco Munoz yang disingkirkan selepas hanya menang dua dari tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun kehadiran Ranieri ke Vicarage Road nampaknya tidak menjadikan keadaan bertambah baik di mana beliau hanya mampu mengutip tujuh mata daripada 14 perlawanan.

Jumaat lalu kekalahan 3-0 kepada Norwich meletakkan Watford terus terperosok dia zon penyingkiran. Dengan 18 perlawanan berbaki, pengurusan kelab terpaksa bertindak untuk keluar dari masalah besar.

“Pihak lembaga penarah The Hornets mengiktiraf Claudio sebagai seorang individu yang berintegiriti dan dihormati, yang akan kekal diingati di Vicarage Road di atas segala usahanya membawa pasukan ini dengan bermaruah,” ujar kenyataan rasmi kelab tersebut.

“Bagaimanapun pihak pengurusan merasakan baki kempen EPL musim ini perlu dibuat perubahan pada posisi ketua jurulatih dan diharapkan perubahan itu dapat mencapai sasaran kekal di EPL dapat dicapai.”

Ini bermakna Watford akan mencari pengurus ke-15 secara keluarga Pozzo mengambil alih kelab tersebut pada 2012.

Ranieri mencipta sejarah luar biasa dalam bola sepak Inggeris apabila membimbing Leicester City meraih kejuaraan EPL pada 2016, namun beliau telah dipecat oleh The Foxes pada musim berikutnya.

Ketika ditemubual oleh BBC susulan pemecatannya, jurulatih berusia 70 tahun mengatakan beliau tidak pernah risau mengenai masa depannya.

“Saya sentiasa tenang. Jiwa saya sentiasa untuk bola sepak. Jadi saya mahu semua pemain memikirkan apa yang terbaik untuk Watford dan seluruh warganya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN