Nooa Laine mengakui beliau kurang berpuas hati mengenai prestasinya pada aksi sulung mewakili Harimau Malaya ketika mereka menewaskan Turkmenistan beberapa hari lalu.
Pada perlawanan tersebut, Nooa buat pertama kali mencipta penampilan sulung bersama Harimau Malaya selepas segalanya tidak menjadi kenyataan sejak tahun lalu.
Debut Harimau Malaya
Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin, Nooa Laine dan Paulo Josue memperoleh caps pertama bersama skuad kebangsaan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/pwKuwq0sL5
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 24, 2023
Beliau juga hampir mendapatkan jaringan selepas beberap minit dimasukkan, sebelum percubaan Nooa sedikit tersasar daripada gawang gol lawan.
Menurut pemain tengah berbakat besar itu, beliau kurang berpuas hati kerana diturunkan pada pertengahan separuh masa kedua dan menaruh harapan untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama skuad kebangsaan.
Untuk itu, Nooa mengharapkan agar nama beliau sekali lagi tersenarai untuk aksi seterusnya pula berdepan Hong Kong yang akan berlangsung Selasa ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Selepas berjaya menarik minat Kim Pan-gon untuk menyenaraikan dirinya bersama skuad kebangsaan, pemain ini juga menyimpan hasrat untuk mendapatkan jaringan sulung buat Harimau Malaya.
“Memang gembira apabila ketua jurulatih memasukkan saya pada babak kedua ketika menentang Turkmenistan, itu adalah situasi di mana saya perlu menunjukkan kemampuan saya di atas padang.
“Walaupun beraksi dalam tempoh singkat tapi saya melaksankan tugas dengan baik . Bagaimanapun, saya tidak begitu berpuas hati kerana ada beberapa peluang mencipta jaringan namun gagal memanfaatkannya.
“Ia permulaan yang baik buat saya dan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki bagi perlawanan seterusnya,” katanya menerusi Arena Metro.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon kembali turun menjalani latihan di Pusat Latihan JDT, Padang Mawar, Pasir Gudang, malam tadi.
Ia sebagai persiapan menjelang Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa ini. pic.twitter.com/1lKTxLd5Mx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 25, 2023
Pada masa sama, Nooa juga mengakui beliau masih lagi memerlukan masa bagi membentuk keserasian lebih baik bersama rakan sepasukan lain serta yakin segalanya akan berjalan lancar.
Nooa juga berharap supaya Kim dapat memanfaatkan kehadiran beliau untuk aksi berdepan Hong Kong, tetapi ianya perlu bergantung kepada situasi semasa serta pendekatan taktikal akan digunakan.
“Semua keputusan dari ketua jurulatih malah saya menghormati apa jua yang diputuskan dan jika nama tersenarai sudah tentu saya akan beri yang terbaik dan tidak mensia-siakan peluang jika ada ruang menjaringkan gol,” kata beliau.