Tak Perlu Falcao, JDT Buktikan Masih Unggul Bersama 2 Import Serangan Baharu

Johor Darul Ta’zim (JDT) seolah tidak dapat lagi kini untuk digugat mana-mana kelab selepas tampil dengan begitu sempurna sejak awal saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula sehingga kini.

Menjadi satu-satunya wakil untuk kejuaraan ACL yang akan berlangsung tidak lama lagi, pastinya persiapan rapi dibuat pasukan ini untuk memastikan momentum terbaik dapat dihasilkan pada saingan tersebut.

Musim ini menyaksikan JDT menjadi antara pasukan memberi tumpuan penuh di posisi serangan, menerusi kemasukan Oscar Arribas, Diogo Luis Santo, serta Juan Muniz Gallego yang memberi impak terbaik.

Walaupun pada awalnya beberapa perkhabaran menyatakan JDT bakal mendapatkan bintang dari Eropah iaitu Radamel Falcao, segalanya dilihat tidak dapat menjadi kenyataan buat pasukan itu.

Malah pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) melakukan keputusan tepat untuk mendapatkan dua pemain berkualiti tinggi selepas sah tidak akan menandatangani khidmat Falcao.

Dengan mengekalkan Fernando Forestieri serta Bergson da Silva di posisi serangan utama, JDT terus menambah dua lagi muka baharu di posisi serangan pada pertengahan musim ini dengan menandatangani khidmat Takahiro Kunimoto serta Heberty Fernandes.

Apa yang menarik, kedua pemain ini tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri selepas masing-masing sudah pun membuktikan mereka sebagai pilihan tepat di mata TMJ buat JDT.

Heberty yang terlebih dahulu beraksi bersama JDT sejak beberapa perlawanan lalu membuktikan reputasi tinggi beliau di Thailand bukan sekadar omongan kosong selepas merekodkan lima gol daripada empat penampilan.

Hadir pada masa tepat untuk menggantikan khidmat Diogo dan Forestieri yang mengalami kecederaan, Heberty membawa tanggungjawab selaku peledak utama bersama Bergson dengan sangat berjaya.

Seorang lagi pemain tengah serangan yang berjaya ditandatangani Harimau Selatan iaitu Kunimoto juga tidak kurang hebatnya selepas penampilan sulung beliau bersama pasukan itu memberi impak cukup besar.

Beraksi selaku pemain tengah menyerang, Kunimoto yang berstatus Asia itu telah pun menyumbang dua jaringan untuk aksi sulungnya ketika JDT menewaskan Kelantan tempoh hari.

Hadir dengan ketenangan dalam mengawal bola, Kunimoto juga tampil begitu berpengaruh dalam menggerakkan serangan JDT walaupun itu merupakan aksi sulungnya.

Jelas sehingga kini tiada satu percaturan dibuat oleh TMJ buat JDT dilihat sebagai sia-sia, bermula dengan era kejurulatihan baharu Esteban Solari, sehingga kepada pemilihan import segalanya dianggap berjalan lancar.

Ia bukan sekadar mengenai kewangan kukuh dimiliki TMJ sahaja, sebaliknya akal fikiran dimiliki individu paling berpengaruh dalam dunia bola sepak moden di Malaysia itu juga memainkan peranan cukup besar dan dibuktikan kepada kejayaan JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN