Malam ini merupakan penentu segalanya buat skuad kebangsaan sama ada mereka mampu untuk mengulangi sejarah 42 tahun lalu layak secara merit mengisi slot Piala Asia atau sekadar terkandas di peringkat kumpulan.
Hari Perlawanan 3 Kelayakan Piala Asia 2023 | Selasa, 14 Jun 2022
⚽ BAHRAIN 🇧🇭 🆚️ 🇹🇲 TURKMENISTAN
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇧🇩 BANGLADESH🏟 Std. Nasional, Bukit Jalil
📺 @ASTROARENA @tv9malaysia▶️ Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBB3eyw#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/ux7rmdtHxG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Kali terakhir para penyokong skuad kebangsaan dapat berbangga melihat Harimau Malaya beraksi di pentas tertinggi Asia tersebut ketika tahun 1980 di Kuwait apabila Malaysia layak secara merit waktu itu.
Perasaan itu tidak sama seperti saingan Piala Asia 2007 kerana Malaysia layak beraksi ketika itu kerana dipilih menjadi tuan rumah bersama Thailand, Indonesia, dan Vietnam dan bukannya layak secara merit.
Kini para penyokong Harimau Malaya berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah baharu setelah berpuluh tahun lamanya penantian ini untuk melihat Malaysia beraksi di pentas lebih tinggi.
Ketika ini, para penyokong tidak perlu mempedulikan mana-mana kenyataan tidak bijak yang mampu menyentap semangat untuk hadir memberi semangat pada malam ini.
Sejak bila perlawanan bola sepak itu sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tanpa mendengar suara laungan para penyokong di stadium?
Ini rumah, kubu, dan markas buat Harimau Malaya. Jangan biar penyokong lawan lebih menguasai dari segi kuantiti dan sorakan berbanding suara tuan rumah.
Walaupun semalam ada suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Haji Azumu menyentap emosi penyokong, rasanya perkara tersebut wajar diabaikan begitu sahaja oleh para peminat.
#bolatime #ipoh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil membela penjaga gol negara, Farizal Marlias susulan kesilapan disifatkan tindakan kurang bijak hingga menyebabkan Harimau Malaya tewas 1-2 dengan Bahrain, Sabtu lalu.https://t.co/EyulDYq1Ln
— Harian Metro (@hmetromy) June 13, 2022
Anggap sahaja itu hanyalah ayat daripada ahli politik yang tidak membawa sebarang maksud dalam kemeriahan sukan bola sepak kita ketika ini.
Sedangkan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon sendiri tampil dengan rasa kagum mengenai sorakan penyokong negara yang tidak putus-putus memberi sokongan padu buat Malaysia.
Apatah lagi kita perlu terus memberi contoh dan imej terbaik selaku salah satu penyokong bola sepak terbaik di dunia sekali gus menaikkan motivasi para pemain untuk tampil lebih menyakinkan.
🖤💛 Terima kasih kepada 63,925 orang penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan kedua Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia lwn Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/5SfNFGFyWa
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 12, 2022
Laungan yang bergema sepanjang minit perlawanan berlangsung juga sebenarnya mampu menghadirkan rasa gerun buat pasukan lawan dari segi psikologi dan membuka ruang untuk pasukan negara mengambil kesempatan tersebut.
Setakat ini jumlah pembelian tiket untuk perlawanan membabitkan skuad kebangsaan menentang Bangladesh sudah mencecah 33,330 keping menerusi perkongsian dibuat oleh laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
33,330 Tiket Telah Terjual
Tiket bagi menyaksikan Hari Perlawanan 3 Kelayakan Piala Asia 2023, Bahrain lwn Turkmenistan (5.15 petang ini) & Malaysia lwn Bangladesh (9.00 malam ini) masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBAL5ko
Jom ke Bukit Jalil!#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/qo2rf7dmnW
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Jumlah tersebut dilihat pastinya bertambah selepas ini kerana peluang untuk Malaysia melayakkan diri secara merit semakin terbuka setelah Filipina sudah hampir pasti tewas di tangan Palestin dan membuka ruang yang besar untuk Malaysia sekadar mengikat seri ke atas Bangladesh Malam ini jika ingin layak secara merit ke Piala Asia.
Tetapi berdasarkan falsafah yang diterapkan oleh Pan-gon, rasanya kita sudah pasti bakal dihidangkan dengan aksi serangan berintensiti oleh skuad kebangsaan untuk menutup saingan kelayakan ini dengan penuh gemilang.
Ayuh Malaysia!