Tak Payah Pertikai Penalti England, Gol Denmark Sendiri Sudah Kontroversi

Sejarah akan mencatatkan pertemuan separuh akhir Euro 2020 di antara Denmark dan England berlangsung diwarnai dengan gol-gol kontroversi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley pada awal pagi itu berakhir dengan kemenangan dramatik kepada England dengan jaringan 2-1 selepas waktu tambahan.

Denmark terlebih dahulu unggul mendahului melalui pemain muda berusia 21 tahun, Mikel Damsgaard pada minit ke-30 perlawanan hasil sepakan percuma cantik yang langsung tidak memberi peluang kepada Jordan Pickford di hadapan gol.

Sembilan minit kemudian, kedudukan berubah menjadi 1-1 selepas Simon Kjaer menjaringkan gol sendiri.

Kedudukan terus terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan berlangsung, memaksa pengadil Danny Makkelie meneruskan saingan dalam waktu tambahan.

Kontroversi penalti

Dan pada ketika itulah seluruh dunia bertanggapan England seperti sudah memasang konspirasi bersama UEFA apabila pengadil dari Belanda itu memberikan penalti kepada The Three Lions.

Ini kerana pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling dianggap sengaja menjatuhkan diri untuk mendapatkan penalti tersebut. Selain itu terdapat bola kedua berada di padang ketika insiden tersebut berlaku.

Para pemain Denmark sempat melakukan protes terhadap insiden tersebut, namun Danny Makkelie utuh dengan keputusannya untuk memberikan penalti kepada England.

Sepakan yang diambil oleh Harry Kane pada mulanya semat ditepis penjaga gol Denmark, Kasper Schemeichel. Namun penyerang Tottenham itu kemudiannya memanfaatkan rebound untuk memberikan gol kemenangan kepada pasukannya.

Gol Free-kick Denmark

Akan tetapi, ramai juga yang tidak menyedari gol pendahuluan oleh Denmark juga sebenarnya diulit kontroversi meski pun pemain-pemain England tidak melakukan sebarang protes.

Denmark memperolehi sepakan percuma di luar kotak penalti tersebut selepas Mason Mount dipersalahkan menjatuhkan pemain Denmark.

Tidak dapat dinafikan sepakan percuma yang diambil oleh Damsgaard adalah sepakan yang berkualiti tinggi. Tetapi adakah wajar pengadil membenarkan gol tersebut?

Jika diperhatikan dengan betul, Denmark sebenarnya melanggar peraturan The International Football Association Board (IFAB) ketika merencanakan/ sebelum Damsgaard melangkah untuk melakukan sepakan.

Menurut peraturan 13 yang ditulis oleh IFAB, pemain dari pasukan menyerang (di dalam situasi ini adalah Denmark) harus menjarakkan diri sejauh 1 meter dari benteng pasukan bertahan ketika sepakan percuma diambil.

Perhatikan tangkap layar di bawah. Pengadil nyata gagal melihat situasi tersebut pada ketika sepakan diambil.

Pada ketika itu, England menggunakan lima pemain untuk membentuk benteng pertahanan yang terdiri daripada Declan Rice, John Stones, Harry Maguire, dan Harry Kane. Kavin Philips pula baring di belakang benteng utama untuk menghalang percubaan rendah dari Denmark.

Penutup

Apa pendapat anda? Wajarkah gol hasil sepakan percuma Denmark itu dibenarkan oleh pengadil? Pengadil perlawanan jelas melakukan beberapa kontroversi di dalam perlawanan ini.

Mungkinkah keadaannya berbeza sekiranya Denmark tidak diberikan gol tersebut, dan England juga tidak diberikan penalti kontroversi itu. Siapa tahu? Satu perkara yang pasti pengadil turut melakukan kesilapan tanpa mengira tahap kejohanan.

 

Baca artikel lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

‘Bukan Biasa-Biasa’ – Pertahanan KL City Giancarlo Gallifuoco Pernah Beraksi Di Samping Harry Kane, Luka Modric

Memahami Peranan No.6 & Statistik Luar Biasa Jorginho Lawan Belgium

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN