Tak Mustahil Untuk Malaysia Lahirkan Bakat Hebat Seperti Lamine Yamal

Malaysia dilihat berpeluang untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat muda berkualiti pada masa hadapan untuk diperkenalkan di pentas antarabangsa pada suatu hari nanti jika melihat pada perkembangan semasa.

Lebih menarik, peluang untuk kita melihat tunas muda berbakat besar seperti bintang Sepanyol iaitu Lamine Yamal juga tidak mustahil walaupun mungkin kini dianggap angan-angan.

Melihat kepada barisan kejurulatihan utama kini yang membawa sentuhan dari negara besar dalam dunia bola sepak iaitu Sepanyol menjadikan ia sebagai salah satu asbab angan-angan tersebut mungkin menjadi realiti.

Ini kerana kem Harimau Malaya telah pun diperkuatkan oleh trio jurulatih berkelas tinggi dari Sepanyol yang mengendalikan skuad kebangsaan di tiga peringkat umur.

Javier Jorda Ribera

Ianya bermula dengan sentuhan awal daripada Javier Jorda Ribera yang kini sedang memulakan musim pertama beliau untuk pasukan pembangunan negara bawah 17 (B-17).

Memulakan tugasan awal beliau pada tahun 2024, jurulatih pembangunan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak banyak lagi boleh diperkatakan dengan beliau memerlukan lebih banyak masa selepas ini untuk meneroka bakat-bakat muda berkualiti.

Setakat ini, beliau sudah pun membawa skuad B-16 kebangsaan ke pentas Piala AFF dan berjaya meraih satu kemenangan menyakinkan sebelum mereka tersingkir lebih awal.

Pengalaman luas beliau sebelum itu bersama skuad pembangunan Valencia, Incheon United, serta menaikkan bakat-bakat mida bersama JDT pastinya ditagih untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu.

Juan Torres Garrido

Seterusnya, skuad kebangsaan juga turut memiliki kepakaran jurulatih dari Sepanyol dengan latar belakang cukup menyakinkan sebelum ini iaitu Juan Torres Garrido.

Nama Garrido bukan lagi suatu yang asing dalam kalangan peminat tempatan ekoran pengalaman beliau sebelum itu selaku pembantu jurulatih skuad B-23 kebangsaan.

Walaupun tiada catatan positif daripada segi keputusan dicipta oleh Malaysia sepanjang bawah kendalian beliau ketika di pentas Piala Asia, namun corak permainan ditampilkan anak-anak muda negara tampil lebih menyakinkan.

Pengalaman Juan sebelum ini boleh dianggap sangat luas dalam dunia bola sepak, kerana beliau pernah bertindak selaku jurulatih B-18, penganalisis, pencari bakat dan pengarah teknikal kepada CF Damm yang berpangkalan di Barcelona.

Selepas itu, Juan juga turut bertindak mengetuai jawatan pencari bakat buat Barcelona bagi daerah Catalunya sebelum menjadi pengendali skuad B-23 Granada.

Ketika ini, beliau sedang mencipta keputusan positif bersama skuad B-19 di Indonesia menerusi dua kemenangan besar serta tampil bersama corak permainan positif.

Pau Marti Vicente

Pemangku jurulatih utama Harimau Malaya ini tampil dengan rekod bukan calang-calang sejak awal karier beliau di Sepanyol sebelum tampil memberi sentuhan buat Malaysia.

Tampil dengan rekod selaku jurulatih pembangunan buat kelab terkemuka iaitu Barcelona, pastinya kemahiran taktikal serta pengalaman jurulatih itu kini ditagih buat Malaysia.

Apatah lagi beliau dilaporkan mampu untuk meneruskan legasi positif ditinggalkan Kim Pan-gon dan sudah tentu ramai mengharapkan supaya bakat muda berkualiti mampu mendapat perhatian Pau Marti untuk masa depan Harimau Malaya.

Melihat kepada senarai jurulatih Malaysia yang berprofil tinggi kini bersama pasukan kebangsaan di segenap usia, sudah tentu kita mengharapkan supaya lebih ramai anak-anak tempatan mampu bersinar.

Jika segalanya berada di landasan tepat dan diberi lebih banyak masa untuk mereka mencipta sesuatu lebih baik, adalah tidak mustahil untuk kita melihat suatu hari nanti ada Lamine Yamal versi baharu dapat dilahirkan Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN