Tak Mustahil Kontrak Zainal Abidin Bersama Penang Seperti Ralf Rangnick Di Man United

Zainal Abidin Hassan Ralf Rangnick Penang Man United kontrak

Penang FC telah mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Hassan sebagai pengendali baharu pasukan, namun yang menjadi persoalan kini, adakah kontrak itu hanya sebagai pengganti sementara buat Tomas Trucha?

Trucha dilepaskan Penang selepas deretan keputusan negatif direkodkan mereka disamping prestasi hambar pasukan selepas mempamerkan prestasi menakjubkan dalam musim pertama mereka kembali ke Liga Super.

Musim lalu, mereka menutup tirai saingan liga di kedudukan ketiga, sesuatu yang diluar jangkaan banyak pihak. Kegagalan meneruskan prestasi musim lalu menjadikan posisi Trucha menjadi topik hangat perbincangan.

Sebagaimana yang diketahui Trucha hanya akan membimbing pasukan pada musim ini sahaja. Ini adalah musim kedua dan terakhirnya selaku pengendali pasukan dan ia telah diketahui umum apabila telah dijelaskan oleh pengurusan Penang sebelum ini. Manzoor akan mengambil alih teraju kejurulatihan pada musim 2023.

Penang Sudah Rangka Pelan 2023, Manzoor Azwira Bakal Ambil Alih Teraju Semula

Menurut kenyataan itu, “Coach Manzoor Azwira dikekalkan sebagai Penolong Jurulatih 1, sebagai persediaan untuk mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2023 apabila selesai kursus AFC Pro Diploma dan layak untuk dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih pasukan Liga Super Penang FC [2023].”

Dengan berlakunya situasi di luar jangkaan sebegini, Manzoor masih belum boleh mengambil alih posisi pengendali pasukan sehingga musim hadapan. Penang perlukan jalan keluar daripada kemelut kejurulatihan.

Pengendali yang bakal dilantik perlu memahami perjanjian yang telah dicapai pada awal musim lalu yang mana Manzoor adalah jurulatih masa depan mereka. Mungkin kontrak yang ditandatangani juga adalah untuk jangka pendek? Tetapi tentunya ada perbincangan lanjut mengenai kedudukan pengendali seperti Zainal Abidin.

Zainal Abidin sangat berpengalaman luas dalam bidang kejurulatihan. Beliau memulakan karier kejurulatihannya sekitar tahun 2001 selepas bersara pada tahun 1999. Malah, beliau juga pernah menjadi pengendali Harimau Kumbang untuk tempoh hampir dua tahun iaitu bermula pada musim 2017 hingga penghujung musim 2018.

Adakah pihak pengurusan Penang ada menawarkan posisi atau ganjaran lain pada penghujung musim ini?

‘Apa Barang 6 Bulan’ – Ralf Rangnick Sedia Jadi Pengurus Manchester United Lebih Lama

Tidak mustahil status kontrak Zainal Abidin bersama Penang, saling tak tumpah seperti Ralf Rangnick bersama Manchester United. Ia boleh berlaku kerana ini sahaja jalan keluar yang dimiliki Penang pada saat dan ketika ini.

Rangnick ketika dilantik menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sudah sedia maklum kontraknya adalah sehingga ke hujung musim ini dan mengembalikan semula prestasi Man United. Termaktub dalam kontraknya, beliau akan dilantik sebagai penasihat kelab pula untuk tempoh dua tahun selepas kontrak enam bulannya berakhir.

Begitupun, sudah diketahui umum, perjanjian sebagai penasihat kini juga sudah dibatalkan kedua-dua pihak.

Beliau membawa Man United ke kedudukan ke-6 English Premier League (EPL) dengan 58 mata – terburuk buat mereka sejak era EPL, namun sudah cukup untuk melayakkan mereka bertanding di saingan Europa League.

Penang terikat dengan perjanjian awal di mana selepas Manzoor tamat kursus lesen AFC hujung tahun ini, beliau akan mengendali pasukan pada awal musim depan. Tetapi mereka perlu melantik segera pengganti Trucha dek kerana syarat pertandingan selain pengendali berusia 45 tahun bakal sibuk dengan kursusnya.

Dalam kenyataan ketika mengumumkan pelantikan Zainal Abidin, Penang tidak menjelaskan tentang status kontraknya sama ada ia jangka panjang atau pendek. Lazimnya di Liga Malaysia, ia adalah untuk semusim, jadi boleh kita anggap mungkin sehingga ke penghujung musim ini – buat masa ini, bergantung kepada prestasi.

“Coach Zainal yang pernah mengemudi pasukan Penang FA pada tahun 2017-18 sekali lagi diberi kepercayaan dalam menggalas tugas yang amat berat sebagai Ketua Jurulatih Penang FC yang terkini untuk mencetuskan kebangkitan semula Penang FC.”

“Kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah mengambil kira segala faktor luar dan dalam padang yang boleh menjadi pengaruh yang positif untuk kebangkitan semula ini.”

Penang FC

Mungkin ada klausa-klausa tertentu di dalam kontraknya. Untuk itu, kita serahkannya kepada pihak yang lebih berautoriti. Tugas utama Zainal Abidin musim ini adalah untuk mengeluarkan Penang dari zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN