Tak Mungkin ‘Dia’ Akan Buat Kesilapan Yang Sama, Tegas Cheng Hoe

Bui Tan Truong Malaysia Vietnam kesilapan tan cheng hoe saksi aff 2010

Tan Cheng Hoe adalah saksi bagaimana tiga kesilapan penjaga gawang Vietnam, Bui Tan Truong memberikan Malaysia kemenangan dan kejuaraan satu masa dahulu.

Ketika itu, Cheng Hoe merupakan pembantu kepada Datuk K. Rajagobal. Bergandingan bersama, mereka mencipta kebangkitan arena bola sepak negara pada saat itu.

Pertamanya adalah ketika final Sukan SEA 2009 di mana kesilapannya memberikan Malaysia kejuaraan pertama kejohanan dwi tahunan itu. Dan setahun kemudian, di kejohanan Piala AFF, Vietnam dibolosi dua gol hasil kesilapan yang dilakukannya.

Malaysia melangkah ke final seterusnya memenangi Piala AFF edisi tersebut buat kali pertama apabila menewaskan Indonesia di pentas final. Tiga kesilapan mudah inilah yang membuatnya ‘bersara’ daripada menyertai skuad kebangsaan Vietnam.

Ini kerana, disebabkan kesilapan-kesilapan mudahnya memberikan lawan gol, malah kejuaraan pertama kepada Malaysia menyebabkan penyokong Vietnam menuduhnya mengambil rasuah. Beliau rasa jauh hati untuk kembali menyarung jersi skuad negara.

Namun, selepas lapan tahun, beliau bersetuju menerima panggilan skuad kebangsaan yang kini di bawah bimbingan Park Hang-seo. Beliau baru kembali daripada persaraan pada pertengahan tahun lalu untuk membantu Hanoi FC layak ke saingan Piala AFC.

Ketika ditanya media mengenai perkara ini, Cheng Hoe jelas tidak mahu terbawa-bawa sentimen lama itu ke dalam skuadnya. Beliau juga menafikan telah mengarahkan para pemainnya untuk membuat sebanyak mungkin rembatan kepada Bui Tan Truong.

“Saya rasa Tan Truong berada di tahap yang lebih baik. Semakin berusia penjaga gol, semakin banyak perlawanan dia terlibat, dia akan semakin stabil dan tenang mengawal gawangnya. Dia pastinya sudah berbeza sekarang [permainan],” jelas Cheng Hoe.

“Kita tidak boleh harap dia buat kesilapan yang sama lagi yang memudahkan Vietnam dibolosi sebelum ini,” tegasnya yang masih belum menang ke atas Park Hang-seo.

Adakah Cheng Hoe berpeluang untuk menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kemenangan ke atas Park Hang-seo, berpunca daripada Bui Tan Truong? Masihkah anda ingat bagaimana kesilapan penjaga gol yang kini berusia 35 tahun itu?

Skuad Harimau Malaysia mungkin bertuah selepas rembatan deras Safiq Rahim gagal ditangkap Bui Tan Truong yang hanya mampu melihat gawangnya dibolosi.

Tindakan pertahanan, Mai Xuan Hop untuk berada di depan Bui Tan Truong seterusnya tertampan masuk bola masuk ke gol menyaksikan kecemerlangannya sepanjang Sukan SEA segera dilupakan oleh penyokong apabila ramai telah mengkritiknya.

Pada saingan Piala AFF 2010, sekali lagi Bui Tan Truong menerima kecaman. Vietnam tewas kepada Malaysia di peringkat separuh akhir menerusi dua jaringan Safee Sali.

Bui Tan Truong terlepas tangkapannya dan tandukkan Safee Sali itu menerjah jaring gol untuk gol pembukaan perlawanan, seterusnya tampanan kurang kemasnya menyebabkan Safee Sali telah berjaya menyambar untuk meledak gol kedua.

Bagaimana dengan pertembungan kali ini? Tanpa Dang Van Lam yang hanya dibolosi sekali sepanjang lima perlawanan kelayakan bakal teruji. Park Hang-seo pastinya tetap mempertaruhkan Bui Tan Truong biarpun masih ada ‘luka yang kekal berdarah’.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Park Hang-seo Bawa Bui Tan Truong, ‘Keeper’ Yang ‘Dicekik’ Kerana Tewas Kepada Malaysia

Skuad Harimau Malaya Kena Banyak Cipta ‘Penetrating Pass’

Media Vietnam: ‘Bertahan Di Garisan Tinggi’ Umpama Pedang Dua Mata Buat Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN