Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi kini tidak lagi kisah jika dirinya tidak memenangi anugerah Ballon d’Or selepas ini.
Beliau yang sudah memenangi gelaran itu sebanyak enam kali menyifatkan yang beliau sudah pun mencapai kejayaan yang lebih bermakna berbanding anugerah tersebut.
Argentina adalah duniaku
Menurut Messi, beliau kini sudah berasa kariernya kini lengkap selepas berjaya membantu negaranya iaitu Argentina menuju kejayaan.
Beliau sebelum ini memimpin Argentina menjuarai Copa America dengan menumbangkan Brazil untuk menjadikan ianya gelaran senior pertamanya bersama skuad kebangsaan.
Messi jelas sekali menganggap yang kejayaan bersama Argentina adalah yang tertinggi dalam kariernya. Ia sekali gus membuatkan pemain tersebut tidak lagi kisah jika tidak menang Ballon d’Or.
“Terus terang saya katakan, saya tidak fikirkan lagi mengenai Ballon d’Or.”
“Kejayaan terbesar saya adalah dengan mencapai kejayaan dengan skuad kebangsaan.”
Walaupun beliau kini tidak kisah jika tidak memenangi gelaran individu itu, tetapi Messi tetap menganggap untuk memperolehnya adalah satu perkara yang luar biasa.
“Mendapatkan gelaran ketujuh Ballon d’Or akan menjadi satu perkara yang amat dahsyat.”
“Berusaha, berusaha dan berusaha keras untuk mendapatkan kejayaan itu [kejayaan bersama Argentina] adalah sasaran terbesar. Jika dapat gelaran ketujuh [Ballon d’Or] ianya adalah sesuatu yang gila, tetapi jika tak dapat tak mengapa.”
Messi memenangi gelaran Ballon d’Or pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.