Tak Mampu Menang, Netizen Indonesia Jadikan Nama 2 Pemain Thailand Ini Bahan Jenaka

Walaupun menerima tamparan yang besar pada aksi final pertama saingan Piala AFF 2020, nyata segelintir penyokong Indonesia tidak begitu terkesan dengan keptusan tersebut.

Malah mereka sempat menjadikan dua bintang Thailand sebagai bahan ketawa sesama sendiri.

Kedua pemain Thailand yang menjadi tular dalam kalangan penyokong Indonesia kali ini bukan kerana bakat di atas padang, tetapi disebabkan nama mereka yang mencuit hati untuk dibuat sebagai bahan hiburan.

Pemain pertama yang menjadi mangsa hiburan penyokong Indonesia adalah Thitiphan Puangchan. Pemain tengah Thailand ini menjadi pemain gantian di separuh masa kedua pada perlawanan lalu dan mula tular di laman sosial kerana namanya.

Gambar-gambar pemain tersebut mula tersebar serta dijadikan sebagai ‘meme’ oleh segelintir netizen di media sosial untuk dijadikan sebagai bahan kelakar.

Malah Pengurus Pengiklanan Arema, Ali Rifki juga tidak terlepas untuk menjadikan foto dan nama Thitiphan sebagai bahan lucu di Instagram peribadinya.

“Thailand menang karena ada pemain Thitiphan orang dalam,”tulis beliau.

Walaupun ejaan huruf yang berbeza, namun dari segi sebutan nama pemain Thailand tersebut sama dengan perkataan “titipan”. Ini secara tidak langsung menyebabkan nama belakang jersi Thitiphan menjadi bahan ketawa oleh segelintir penyokong Indonesia.

Setidaknya, masih ada hiburan yang dapat dicipta penyokong mereka di sebalik kekecewaan atas keputusan permainan baru-baru ini.

Seterusnya pemain yang mendapat tumpuan rakyat Indonesia adalah Elias Dolah. Walaupun beliau tidak begitu teruk dipermainkan, Dolah tetap menjadi salah satu tumpuan bagi bahan ketawa penyokong Garuda.

Antara yang dibincangkan mengenai Dolah sudah pasti nama beliau yang langsung tidak seperti pemain Thailand. Malah, nama Dolah lebih dekat dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mempunyai darah kacukan Sweden.

Namun isu Dolah ini dilihat lebih kepada rasa tidak berpuas hati para penyokong kepada aksi pemain ini yang membuat terjahan keras keatas pemain Indonesia – Rachmat Irianto.

Susulan terjahan yang dibuat menyebabkan Dolah sendiri mengalami kecederaan dan diberi kad kuning atas kekasaran dilakukan beliau.

Jelas mentaliti para penyokong Indonesia berada dalam kelas tersendiri yang sukar untuk dihuraikan. Disebalik kekalahan besar yang mereka terima, ada sahaja bahan lain yang dapat dibuat ketawa bersama untuk meredakan sedikit amarah dan kesedihan mengenai keputusan final baru-baru ini.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN