“Tak Mahu Pemain Ambil Mudah Pada Cabaran Pertama” – Aidil Sharin

Aidil Sharin Sahak selaku jurulatih utama Kedah Darul Aman melihat perlawanan pembukaan Liga Super pada hari esok menentang Sarawak United di gelanggang lawan sebagai suatu cabaran yang hebat untuk anak buahnya mencari kemenangan pertama.

Selepas lawan, Sarawak United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Super musim ini,  Aidil melihat skuad itu mempunyai motivasi yang sangat kukuh ditambah dengan kelebihan beraksi di laman sendiri pada perlawanan pertama ini untuk memberi tentangan sengit buat pasukan kendaliannya.

Walaupun sebelum ini dalam pertemuan aksi pramusim bagi saingan Sabah Maju Jaya Cup, dimana Kedah berjaya menewaskan Sarawak United dengan keputusan 3-0, Aidil enggan membiarkan anak-anak buahnya mengambil pendekatan mudah untuk perlawanan seterusnya ini.

“Saya tidak mahu pemain mengambil mudah pada cabaran pertama ini walaupun kemenangan berpihak kepada Kedah pada aksi pramusim ketika perlawanan menentang mereka dalam saingan Piala Sabah Maju Jaya di Kota Kinabalu bulan lalu.

“Beraksi di tempat lawan untuk aksi pertama Jumaat ini memang akan memberi cabaran besar buat kami. Pemain perlu cukup bersedia dari semua aspek selain fokus seperti yang dilakukan sejak pramusim bulan lalu,” katanya menerusi Berita Harian.

Pertemuan Kedah dan Sarawak United bakal membuka tirai di Stadium Negeri pada jam 8:15 esok. Untuk rekod sebelum ini, dalam lima aksi terakhir membabitkan kedua pasukan tersebut, Sang Kenari mempunyai kelebihan apabila mencatat empat kemenangan daripada pertemuan lalu.

Musim ini, Kedah telah merombak pasukan dengan beberapa pemain baharu dibawa masuk untuk memperkukuhkan skuad dengan beberapa pemain tempatan seperti Amer Azahar, Al-Hafiz Harun, Azmeer Aris, pemain pinjaman dari JDT iaitu Syafiq Ahmad serta membawa beberapa pemain muda dari Piala Presiden untuk diberi pengalaman beraksi.

Selain itu, Kedah juga telah menggantikan kesemua pemain import mereka sebelum ini dengan muka-muka baharu untuk menambahkan sengat pasukan iaitu Dennis Buschening, Ronald Ngah Wanja, Dechi Marcel, Marc Vales, serta Jang Suk Won.

Skuad ini telah tiba di Kuching semalam untuk membuat persiapan awal lebih rapi menjelang perlawanan yang bakal berlangsung malam esok dalam misi mengutip tiga mata pertama untuk saingan Liga Super musim 2022.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN