Selepas mencatat keputusan negatif pada perlawanan lalu ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City) di gelanggang lawan, kini Kedah Darul Aman (KDA) sekali lagi bakal teruji untuk berdepan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur Isnin akan datang.
Keputusan lalu menyaksikan KDA tewas di tangan KL City dengan keputusan 1-2 dan kebangkitan segera perlu dilakukan untuk memberi keyakinan kembali buat para penyokong Sang Kenari.
Looking ahead to some Monday night football. Come on #SangKenari! 🟢🟡
🏆 Liga Super 2022
🆚 Sri Pahang FC
📆 1 Ogos 2022, Isnin
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Makmur, Kuantan. pic.twitter.com/F3EkQIRNve— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 29, 2022
Musim ini boleh dikatakan KDA mengalami masalah konsistensi dalam permainan apabila mereka seolah masih lagi mencari rentak sebenar seperti musim lalu.
Berdasarkan rekod semasa pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak setakat ini, KDA telah berada di kedudukan kelima terbaik carta Liga Super 2022 dengan 17 mata dikutip hasil 12 perlawanan dilalui.
Pasukan tersebut tidak boleh lagi terus keciciran mata kerana pesaing terdekat iaitu Selangor, Melaka United, dan Terengganu sedia meminta KDA pada bila-bila masa kerana jurang perbezaan mata yang tipis.
Menjelang saingan separuh akhir Piala AFC peringkat Zon Asean pada 9 Ogos nanti juga, kelab tersebut pastinya memerlukan kemenangan dalam aksi menentang Sri Pahang ini untuk menaikkan motivasi para pemain.
Menurut Aidil Sharin, mereka bakal memberi fokus sepenuhnya untuk kembali mengutip mata dalam perlawanan menentang Sri Pahang, sekali gus kembali menaikkan motivasi para pemain.
🔰 STATISTIK PERLAWANAN LS12 🔰
Rezeki tidak menyebelahi pasukan KDA FC di Cheras. Namun semangat juang setiap pemain tidak pernah padam. Masih mempunyai masa untuk Sang Kenari memperbaiki kelemahan sebelum berdepan Sri Pahang FC. pic.twitter.com/rCrWBkDuC6
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 28, 2022
“Kami akan memberi fokus sepenuhnya untuk aksi yang dijangka sengit di Kuantan malam esok terlebih dahulu bagi mengutip motivasi sebelum melakukan persiapan penuh untuk ke Bali selepas ini.
“Jadi kami perlu bangkit dengan segera untuk mendapatkan bekalan semangat dan pada masa yang sama kami tidak mahu keciran mata lagi bagi memastikan kedudukan kami dalam kelompok lima pasukan teratas tidak tergugat.
“Kemenangan yang dicari mampu mengukuh dan meningkatkan semula semangat semua pemain yang terjejas selepas kekalahan 2-1 kepada KL City pada 27 Julai lalu.
“Dalam aksi kali ini, saya berharap beberapa pemain antaranya pemain pertahanan Akmal Zahir dan pemain sayap Al-Hafiz Harun dapat kembali beraksi selepas tidak bersama pasukan ketika perlawanan menentang KL City yang lalu.
“Tidak mudah buat KDA FC jika turun dengan skuad yang serba kekurangan kerana kita tahu Sri Pahang kini sudah bangkit dengan kemenangan di laman sendiri selepas menewaskan Selangor FC dan semakin meningkatkan prestasi di bawah kendalian jurulatih interim Dollah Salleh dan Penasihat Teknikal Fandi Ahmad.
“Kami perlu memastikan pasukan lebih lengkap dari sebelumnya dan lebih bersedia untuk berdepan Sri Pahang yang juga di tempat lawan kali ini,” kata Aidil menerusi Berita Harian.