Christophe Gamel selaku pengendali utama Sri Pahang musim ini pastinya menjadi individu paling gembira dengan kemenangan pasukannya semalam setelah mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Kuala Lumpur City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Walaupun aksi ditampilkan semalam tidak boleh dijadikan sebagai pengukur sebenar, sekurangnya kemenangan tersebut mampu menaikkan motivasi para pemain untuk tampil lebih berkeyakinan pada perlawanan seterusnya.
Two goals, and three points on our awayday🤩#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia#PosMalaysia pic.twitter.com/sQfJzX02xg
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) May 7, 2022
Gamel dalam masa sama turut mengakui masih samar-samar mengenai konsistensi anak buahnya mampu diteruskan atau tidak biarpun sudah mencatat dua kemenangan.
“Kita perlu terus realistik dan bekerja keras untuk mengutip mata demi mata dan mungkin di pertengahan liga, kita lihat adakah dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ataupun tidak.
“Tetapi pemain menunjukkan bola sepak dan falsafah yang saya mahukan menentang pasukan yang baik seperti KL City FC. Mereka kekal bersemangat dan saya lihat keyakinan mereka bertambah selain faham apa yang saya jangkakan daripada mereka.
“Tidak ‘koyak’, tidak ‘goyang’, jadi saya bangga dengan keseluruhan pasukan. Cuma masalah utama kita adalah konsistensi dan bagaimana kita mahu kekalkan persembahan seperti ini,” katanya menerusi Berita Harian.
Sebelum itu, Sri Pahang berjaya mempamerkan aksi garang bertemu KL City dengan membuka tirai jaringan di separuh masa pertama menerusi Nor Azam Azih setelah pemain tengah tersebut mencipta jaringan cantik dari jarak jauh untuk menewaskan Kevin Ray Mendoza.
Pada separuh masa kedua menyaksikan Manuel Hidalgo terus menambah luka pasukan tuan rumah dengan gol kedua sebelum KL City mendapat gol sagu hati menerusi Paulo Josue pada penghujung perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @KLcityfootball 1-2 @OfficialPahang
Nor Azam Azih membuka tirai jaringan pada minit ke-32 dan Manuel Hidalgo menambah gol kedua pada babak kedua.
Kapten KL City, Paulo Josue merapatkan kedudukan pada lewat perlawanan.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/nF4j9kZVDw
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 7, 2022
Gamel selain itu turut menyentuh hal mengenai penjaga gol import, Mamadou Samassa yang disifatkan sebagai biasa sahaja selain menjangkakan sesuatu uang lebih baik daripada pemain tersebut.
“Persembahan Samassa hanya biasa-biasa. Walaupun menyelamatkan dua atau tiga percubaan berbahaya tetapi itu memang tugasnya sebagai penjaga gol.
“Memang kita menang tetapi kesilapan mudahnya meletakkan kita dalam masalah. Aksi menyelamatnya memang baik tetapi dengan tahap yang saya tahu ada padanya, saya jangkakan lebih lagi daripada penjaga gol import seperti dia,” kata Gamel.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!