Tak Jadi Terbang, Barcelona Dilaporkan ‘Hijack’ Perpindahan Malcom Ke AS Roma

Sepanjang malam semalam, bertebaran cerita tentang bagaimana rundingan di antara Malcom dan AS Roma telah terhalang pada saat-saat akhir.

Beberapa media utama telah melaporkan yang AS Roma telah mencapai persetujuan dengan Bordeaux untuk penyerang sayap mereka itu.

Hal itu turut diumumkan oleh akaun twitter rasmi AS Roma.

https://twitter.com/ASRomaEN/status/1021430075755859969

Malcom antara pemain yang menjadi sasaran banyak kelab besar. Sebelum ini pasukan seperti Arsenal turut pernah berminat dengan pemain ini.

Namun Arsenal menarik diri kerana isu dana perpindahan yang terhad. Everton kemudian memulakan langkah serius mendapatkan pemain ini, tetapi telah disaingi oleh AS Roma.

Apa yang berlaku, Roma kemungkinan besar akan kehilangan pemain ini selepas Bordeaux menyatakan kesudian menjual Malcom kepada mereka.

AS Roma dan Bordeaux dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai perpindahan £32 juta. Beliau sudah pun bersedia untuk terbang ke Rom. Namun pesawat beliau dilaporkan dibatalkan.

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1021499221923581953

Ini selepas kelab beliau memberitahu ada bidaan saat akhir daripada Barcelona untuk pemain ini. Bordeaux dikatakan menerima tawaran yang lebih tinggi daripada Barcelona untuk pemain ini.

Dan Malcom juga mungkin mahu ke Barcelona. Yang kasihannya, di Rom, penyokong-penyokong AS Roma sudah siap sedia menyambut kedatangan pemain tersebut selama beberapa jam sebaik sahaja rundingan perpindahan itu diumumkan berjaya.

Sumber Fabrizio Romano dan Kaveh Solhekol menyatakan yang rundingan 11 jam di antara Roma dan Bordeaux kini terpaksa ditangguhkan seketika.

Malcom adalah pemain sayap kanan. Dan ini mungkin isyarat bahawa Barcelona akur dalam usaha mereka mendapatkan Willian daripada Chelsea selepas 4 bidaan mereka ditolak.

Sebelum ini Manchester City agak berang melalui perkara yang sama apabila Napoli mengubah perjanjian selepas 15 hari.  Napoli awalnya setuju menjual Jorginho ke City.

Namun selepas itu mengakui terpaksa mengkhianati perjanjian awal itu kerana Chelsea menawarkan pakej lebih baik kepada kelab dan pemain tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN