“Tak Guna Jurulatih Gaji Besar Tapi Tiada Mentaliti Untuk Menang” – Wan Jamak

Pengendali berpengalaman iaitu Wan Jamak Wan Hassan menganggap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya kini memberi penekanan lebih besar buat pembangunan bola sepak di pentas akar umbi.

Terdahulu, beliau tampil mempersoalkan kepada FAM mengenai jumlah gaji sanggup dikeluarkan badan itu sebanyak RM200,000 kepada calon jurulatih baharu.

“Adakah skuad Harimau Malaya memiliki material yang berkualiti jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sanggup membayar sehingga RM200,000 untuk mendapatkan jurulatih terbaik?” petik persoalan Wan Jamak menerusi perkongsian Berita Harian.

Menurut Wan Jamak yang suatu ketika pernah menjadi jurulatih Kedah, beliau menganggap pembangunan bola sepak di pentas akar umbi juga perlu diberi penekanan sebenarnya supaya skuad kebangsaan mampu bergerak bersama barisan pemain dihasilkan sendiri oleh jurulatih.

Malah, keputusan FAM untuk memberi tawaran gaji tinggi kepada jurulatih baharu juga sudah tentu perlu hadir bersama sasaran lebih jauh seperti kejohanan Piala Asia atau cemerlang dalam saingan Kelayakan Piala Dunia.

Maka untuk menjayakannya, kelompok pemain tempatan berkualiti juga perlu bertambah supaya ia membantu tugas jurulatih itu sendiri untuk menyediakan segala lebih baik buat skuad bola sepak Malaysia.

“Kalau kita sudah dapatkan jurulatih bergaji besar, mestilah kita letakkan sasaran yang tinggi, sekurang-kurangnya ke Piala Asia ataupun pencapaian cemerlang pada Kelayakan Piala Dunia, takkan kita nak harapan setakat Sukan SEA ataupun Piala AFF semata-mata.

“Kalau FAM sanggup bayar (gaji RM200,000) tiada masalah kerana kita pun tahu bola sepak ini adalah sukan yang memerlukan pelaburan besar.

“Tetapi kalau kita hanya mendapatkan jurulatih dengan gaji besar tetapi kita tiada material dan mentaliti menang, tak jadi juga.

“Nanti jadi macam kera mendapat bunga. Bola sepak ini adalah jangka masa panjang dan sebab itulah, kita kena tengok pembangunan akar umbi juga kerana dari sinilah, kita menghasilkan pemain untuk skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

“Jadi apabila kita ada ramai pemain berkualiti, kita ada material yang diperlukan dan kita tambahkan sedikit dengan dapatkan jurulatih yang terbaik untuk mengendalikan kelompok pemain ini.

“Sebab itulah, penting kita untuk perkasakan lagi pembangunan kita. Tidak boleh hanya harapkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) kerana setiap negeri perlu bangunkan bakat untuk hasilkan sebanyak mungkin pemain berkualiti,” katanya menerusi Berita Harian.

Bagaimana pula pandangan anda?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN