Tak Dapat Main, Faiq Bolkiah Mahu Beli Terus Man United?

Manchester United mungkin akan mengalami perubahan daripada segi pemilikan kelab sekiranya keluarga Glazer bakal menjual saham besar mereka pada masa akan datang.

Ketika ini, beberapa individu dilihat mampu untuk membeli pasukan tersebut dan pastinya membawa arus perubahan kelab tersebut menerusi penstrukturan baharu.

Antara yang dilihat berpotensi untuk menjadi pemilik United ketika ini terarah kepada bekas pemain tengah Chelsea, Faiq Bolkiah menerusi kekayaan dimiliki beliau.

Bekas pemain tengah leicester City itu ketika ini menjadi pemain bola sepak paling kaya di dunia dengan nilai harta beliau sebanyak £17.8 bilion (RM93 bilion), dan Faiq juga merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei.

Sebelum itu, keluarga Glazer telah melaporkan  jumlah harga diletakkan kepada United bernilai £8.9 bilion (RM47 bilion), dan ini dilihat Faiq sangat berkelebihan untuk membeli pasukan tersebut berdasarkan kekayaan semasa dimilkinya.

Peluang tersebut juga menjadikan Faiq untuk kembali beraksi di saingan English Premier League (EPL), setelah itu menjadi cita-cita beliau sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

Faiq sebelum itu pernah beraksi bersama beberapa buah kelab di England dengan memulakan karier bersama A.F.C Newbury pada tahun 2008 sebelum bersama Southampton.

Selepas itu, Faiq meneruskan karier beliau di England untuk mewakili Chelsea selama satu musim dan pasukan terakhirnya di sana ialah Leicester City.

Selepas agak bergelut untuk mendapatkan tempat utama dalam saingan tersebut, Faiq telah pun berhijrah ke Portugal untuk mewakili salah satu kelab di sana iaitu Maritimo B dalam tempoh masa agak singkat.

Kini, pemain muda berbakat tersebut telah pun kembali ke Asia Tenggara untuk menjadi salah seorang tonggak bersama Chonburi FC di Thailand pada tahun lalu.

Menurut Harian Metro, keluarga Glazer sedia untuk menjual pasukan yang terkenal dengan gelaran The Red Devils itu, apabila mereka menerima bantahan secara besar-besaran daripada para penyokong kelab berkenaan.

Selain Faiq, antara individu lain yang dilihat berpotensi untuk membeli kelab berkenaan ialah hartawan dari Britain iaitu Jim Ratcliffe, bilionair berpengaruh iaitu Elon Musk.

Sekiranya Faiq membeli pasukan tersebut, ia mungkin menjadi suatu perkara positif buat dirinya untuk terus mengembangkan karier dalam dunia bola sepak dengan usia yang masih lagi muda.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN