Tak Boleh Main Bola Sepak, Beto Bantu Keluarga Jual Sate

Beto Perak FA

Disebabkan perlawanan dan latihan bola sepak tidak dapat dijalankan, pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri atau nama samarannya Beto memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membantu perniagaan sate milik keluarganya.

Keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti berkumpulan walaupun selepas PKP tamat memberi makna saingan Liga Malaysia (Liga-M) tidak akan disambung dalam masa terdekat.

Situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada kewangan pasukan-pasukan yang bertanding, malah PKP yang telah berpanjangan sehingga dua bulan ini telah memberi kesan besar kepada  peniaga-peniaga kecil.

https://www.instagram.com/p/BsJ_GcRHUUg/?utm_source=ig_web_copy_link

Beto mengambil tanggungjawab untuk menambah pendapatan keluarganya dengan menjual sate menerusi kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD) sepanjang bulan Ramadan ini.

“Dalam bulan Ramadan ini, saya membantu keluarga menjual sate. Saya dan pekerja membuat penghantaran ke rumah dan setakat ini, alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Saya ubah waktu latihan ke waktu malam, jadi dapat membantu keluarga pada waktu siang,” kata Beto kepada Stadium Astro.

Menurut satu perkongsian dalam akaun Instagram milknya, pemain berusia 25 tahun itu juga mengatakan sekiranya beliau tidak lagi bermain bola sepak, menjual sate itu bakal menjadi pekerjaan tetapnya.

“Rupanya tak semudah yang kita sangkakan menghantar makanan dari rumah ke rumah setiap hari. Perlu banyak bersabar melakukan kerja ini dan yang paling penting ikhlas berniaga, insyaAllah berkat. Kepada abang-abang ‘rider‘ luar sana anda semua memang luar biasa.”

Mengulas mengenai ura-ura tentang pembatalan Liga Malaysia (Liga-M), pemain kelahiran Teluk Intan itu turut melahirkan kegusarannya tentang kemungkinan tersebut kerana ianya akan memberi kesan besar kepada banyak pihak.

“Memang semua pemain mengharapkan agar saingan disambung tetapi perkara ini ada baik dan buruknya. Jika diteruskan, mungkin ia akan meningkat atau berulang. Jadi, andai tidak diteruskan, kasihan kepada pemain yang tamat kontrak.”

Beberapa pemain dan jurulatih pasukan lain telah pun menzahirkan keresahan mereka mengenai kemungkinan Liga-M dibatalkan kerana ianya akan memberi impak kepada pendapatan pemain, pegawai dan kakitangan pasukan secara keseluruhannya.

Apatah lagi arena bola sepak negara ini sering kali terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain, malah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini turut ‘digegarkan’ dengan isu pengadil tidak dibayar elaun.

FAM bagaimanapun telah mengesahkan pihaknya sudah pun menghantar permohonan rasmi melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai hasrat untuk menyambung liga dengan mematahi segala langkah-langkah keselamatan.

Kredit Foto: Instagram ahmadbeto

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pemain Liga-M yang menjalankan perniagaan sepanjang PKP:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN