Tak Amal Sikap ‘Pilih Kasih’, Tomas Trucha Percaya Faiz Subri Masih Ada Aura Tersendiri

Tomas Trucha selaku pengendali Penang nyata sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya iaitu Faiz Subri yang juga merupakan pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun 2016 walaupun pemain tersebut semakin berusia.

Jelas pengendali import tersebut, Faiz masih mempunyai aura tersendiri untuk membantu Penang musim ini mengharungi perjalanan Liga Malaysia (Liga-M) memperoleh sesuatu kejayaan biarpun sudah berumur 35 tahun.

Walaupun begitu, jurulatih kelahiran Republik Czech ini menegaskan tidak akan sesekali bersikap pilih kasih terhadap barisan pemainnya dan akan memilih yang betul-betul terbaik untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad.

Trucha juga berpegang teguh dengan pendirian apabila menyatakan hanya pemain yang mempunyai ciri benar-benar cergas akan diberi keutamaan untuk menggalas tugas dengan berkesan dalam taktikalnya.

“Saya memberi peluang yang sama kepada semua pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing, jadi semua pemain harus membuktikannya dan bersaing hebat untuk merebut tempat kerana sasaran kita sekurang-kurangnya enam tempat terbaik liga,” katanya pada Berita Harian ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, kelmarin dalam Kejohanan Empat Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu yang bermula 5 hingga 9 Februari.

Sebelum itu, sensasi dalam dunia bola sepak Malaysia tercetus apabila Faiz melakar sejarah apabila muncul pemain Asia pertama yang memenangi Anugera Puskas FIFA setelah sepakan percuma luar biasa beliau sewaktu bertemu Pahang pada 2016 dirakam bersama Penang.

Kini Faiz kembali ke Penang untuk membantu pasukan tersebut meraih sesuatu kejuaraan setelah cemerlang musim lalu dalam saingan Liga Super bawah kendalian Trucha.

Lebih membanggakan, pencapaian anak jati Kedah itu meletakkan nama beliau sebaris dengan pemain bintang dunia yang pernah meraih gelaran sama seperti Zlatan Ibrahimovic, Neymar, dan James Rodriguez.

Ketika ini Penang sibuk mempersiapkan pasukan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan serta menyertai kejohanan 4 penjuru dalam aksi pra musim bagi menguji barisan pemain.

Penang juga telah menandatangani import pertahanan baru mereka iaitu Christian Rontini. Pemain yang berusia 22 tahun dan mempunyai darah Filipina itu bakal bergandingan bersama Rafael Vitor untuk membentuk kombinasi pertahanan yang ampuh.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN