“Tak Ada Sebarang Tawaran Dari Thailand” – Faisal Halim Kini Fokus Untuk Terengganu Sahaja

Nama Faisal Halim kini boleh dikatakan agak mencuri tumpuan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sejak aksi memukau ditampilkan beliau ketika kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang tersebut sebelum itu pernah dikaitkan dengan beberapa kelab luar negara termasuk dari Thailand sewaktu Faisal masih lagi dalam kem kebangsaan.

Faktor tersebut dilihat kuat setelah Faisal sendiri masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama Terengganu setakat ini bagi musim hadapan dalam saingan Liga Malaysia kerana memberi alasan untuk berfikir lebih lanjut.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Faisal sendiri menafikan perkara tersebut yang dilihat lebih kepada khabar angin semata-mata kerana sehingga kini beliau mengakui tidak ada mana-mana tawaran dari kelab Thailand dan tak pernah tahu akan berita tersebut.

“Cerita itu (kelab Thailand) pun saya tidak tahu dari mana datangnya, terus terang saya katakan tidak ada sebarang tawaran daripada kelab negara berkenaan.

“Fokus saya buat masa ini hanyalah untuk kelab saya, TFC walaupun saya belum menandatangani kontrak baharu (lanjutan) dengan kelab itu.

“Berkenaan dengan kontrak baharu, saya tidak dapat buat lagi keputusan setakat ini, lagipun Liga Super baharu bersambung, jadi apa-apapun keputusan akan datang daripada saya dan bukannya daripada orang luar,” katanya menerusi Harian Metro.

Perkara tersebut mula hangat di media sosial apabila nama Faisal dikaitkan dengan beberapa kelab dari Thailand setelah aksinya yang cemerlang sepanjang bersama skuad kebangsaan.

Sepanjang bersama Harimau Malaya dalam tiga perlawanan bagi aksi kelayakan tersebut, Faisal telah meledak satu gol ketika mereka menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain meledak satu gol, Faisal juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan kerana kelincahannya banyak membantu Harimau Malaya untuk mencipta peluang serangan ke kubu lawan.

Untuk rekod, Faisal juga pernah dikhabarkan menerima tawaran dari kelab kelab Eropah seperti Sepanyol dan Portugal pada tahun lalu. Namun perkara tersebut tidak dapat menjadi kenyataan atas beberapa perkara tertentu.

Pada masa sama, Faisal juga optimis pasukan diwakilinya kini iaitu Terengganu mampu untuk melakar sesuatu yang positif untuk aksi seterusnya menentang Penang pada Rabu ini demi memperbaiki kedudukan liga.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN