“Tak Ada Hal Pun” – Pengurus Terengganu Anggap Isu Tayangan Skrin Besar Bukan Masalah

Keputusan untuk mengadakan majlis tayangan perlawanan Liga Super melibatkan Terengganu dan Sabah menerusi skrin besar tempoh hari telah menerima kecaman hebat penyokong skuad Penyu.

Bagi mereka, untuk apa buat aktiviti sebegitu sedangkan jarak antara stadium dengan tempat tayangan skrin besar itu adalah dekat.

Jika diikutkan logik akal, lebih baik ajak penyokong terus ke stadium untuk memeriahkan suasana berbanding tengok di skrin besar bukan?

Tapi logik itu tidak dapat dilihat oleh pengurus Terengganu, Fadhil Wahab apabila beliau berasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara biasa dan tiada masalah mengenainya.

Pada hemat Fadhil, walaupun tayangan skrin besar dilakukan berdekatan stadium, ia masih tidak memberikan kesan buruk kepada kehadiran di stadium kerana masih ramai yang turun memberikan sokongan.

“Secara peribadi saya rasakan tiada masalah dan tidak perlu dijadikan isu besar kerana kita masih mampu menarik 12 ribu penyokong ke stadium.

“Penyokong kalau nak datang stadium, mereka akan ke stadium dan tayangan berkenaan akan tidak akan menjejaskan atau mengurangkan penyokong untuk memberikan sokongan kepada pemain,” jelas Fadhil menerusi Shoot!.

Timbah Fadhil lagi, tayangan skrin besar itu bukanlah sekadar menyiarkan perlawanan Terengganu sahaja.

Sebaliknya, ia terdapat aktiviti lain yang dilangsungkan pada acara tersebut.

Lebih ramai, lebih untung

Walaupun Fadhil berasakan tayangan skrin besar itu tidak menjejaskan kehadiran penyokong, ia masih merugikan Terengganu sebenarnya.

Benar, 12 ribu penyokong hadir ke stadium malam itu tetapi jika tayangan itu tidak dibuat ia mungkin akan menarik lebih besar kehadiran dalam aksi penting menentang Sabah.

Kehadiran 12 ribu itu baik, tetapi ia boleh menjadi lebih elok memandangkan status perlawanan itu sendiri, dan kapasiti Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang besar dan boleh memuat hampir 40 ribu penyokong.

Jika tayangan skrin besar itu tidak dilakukan dan jumlah kehadiran lebih tinggi dicatatkan, ianya secara tak langsung akan menguntungkan Terengganu dari segi jumlah kutipan jualan tiket.

Namun begitu, isunya telah terjadi. Apa yang boleh dibuat adalah ambil pengajaran dan bust dengan lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN