Tajuddin Bingung Kenapa Pemain Kejar Sebiji Bola Dalam Bola Sepak

Tajuddin Abdul Rahman

Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman jelas sekali bingung dengan lumrah permainan bola sepak.

Baginya, untuk apa 22 pemain sibuk kejarkan sebiji bola di atas padang?

Bercakap kepada wartawan The Malaysian Insight di Dewan Rakyat, pada mulanya beliau ditanya diantara Liverpool dan Manchester United- mana satukah pilihan beliau?

Sebaliknya, jawapan yang diterima jelas berbeza. Tajuddin mempersoalkan relevan permainan bola sepak itu sendiri.

“Saya ni tak ikut sangat sukan bola sepak ini, sebab saya hairan kenapa pula ramai-ramai [pemain] kejar bola sebiji.”

Bagi Tajuddin yang ketika ini hangat dengan isu gerabak LRT bertembung serta ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai penyelesaian ‘genius’ mengenai sukan bola sepak.

“Kalau dah rebut bola sebiji ni buat penat saja.”

“Baik pergi ke kedai beli bola seorang sebiji.”

Haha! Macam-macamlah ahli politik seorang ni.

Tajuddin merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak dari parti UMNO dan telah berkhidmat selama tiga penggal.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Malaysia:

Singapura Tarik Diri Jadi Tuan Rumah Piala AFC, Kedah & Terengganu Terkesan

5 Sebab Mengapa Harimau Malaya Perlukan Dion Cools

Harimau Malaya Hadapi Laluan Sukar Selepas FIFA Sah Akan Tolak Mata

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN