“Tahu Denda, Kesilapan Sendiri Tak Pernah Tengok” – Norizam Tukiman

Norizam Tukiman ZamSaham Kelantan FC FAM

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman mendakwa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya mendenda kelab-kelab bola sepak tanpa memikirkan badan tersebut sendiri sentiasa mempunyai kesilapan.

Ini berikutan dengan isu denda yang FAM telah kenakan ke atas pasukan Belia Kelantan yang menarik diri pada saingan saingan Piala Belia musim 2022.

“Pihak FAM hanya tahu denda, denda dan denda. Kesilapan sendiri tak pernah tengok,” dakwa Norizam dalam petikan Harian Metro.

Norizam atau lebih dikenali dengan nama ‘Zamburger’ turut menjelaskan mengenai usaha pihaknya yang ada memohon penarikan diri bagi saingan Piala Belia atas faktor kekangan kewangan yang dihadapi pasukan tersebut.

Tambah beliau, faktor utama penarikan diri tersebut adalah disebabkan badan utama bola sepak negara itu sendiri yang dilihat lambat untuk menyelesaikan bayaran tertunggak pengadil perlawanan yang berjumlah RM79,286.68.

“Alasan, saya sendiri dah beritahu kita tak dapat hantar sebab FAM sendiri lambat bayar duit ‘referee’ yang dah kelab Kelantan FC lunaskan bagi pihak MFL (Liga Bolasepak Malaysia) tahun lepas.

“Fokus utama pada yang utama, ‘Most important most urgent, Most Important not urgent’…perlu lihat keadaan dan utamakan yang utama.

“Alhamdulillah, Kelantan FC semua gaji pemain tahun lepas semua dibayar. Tak ada isu kewangan. Isunya adalah Kelantan FC wajib dan mesti dengar apa FAM suruh lakukan, tetapi FAM tak perlu dengar apa masalah kelab Kelantan FC.

“Dia (FAM) tak faham yang Stadium tak ada orang masuk, pendapatan kurang dan kelab perlu uruskan ‘cashflow’ dengan bijak.

“Tetapi aksi tahun lepas dah habis, duit ‘referee’ Kelantan FC dah dibayarkan dahulu. Tetapi sampai hari ini sesen pun tak dapat. Bang (FAM) duit tu RM79,286.68 cukup dah untuk sebuah kelab swasta ini tampung perbelanjaan budak-budak belia,” katanya di laman sosial Facebook miliknya.

Selain itu, Norizam juga ada mempertikaikan mengenai polisi dan sistem yang diamalkan FAM dan MFL terutama sekali berkenaan pembayaran kepada pengadil.

“Persoalannya, apa FAM baik MFL tak ada ke sistem rekod yang terus perlu bayar balik ke kelab selepas ‘advance’ dibuat. Apa ‘payable account policy’ yang MFL ada?.

“Berapa hari sepatutnya bayar semula kepada kelab? Ini dah nak masuk Mac 2022, duit tak masuk lagi,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN