Lupakan Isu Potong Mata, T-Team Tewaskan Perak 3-0 Di Kuala Terengganu!

Perlawanan T-Team menentang Perak di Kuala Terengganu bermula dalam tempo yang agak perlahan.

T-Team juga terpaksa berhadapan dengan kecederaan minit akhir pemain utama mereka iaitu Dilshod Sharofetdinov yang mengalami kecederaan. Tempat beliau diganti oleh Fauzi Kadak sebelum perlawanan bermula.

Walaupun perlahan, perlawanan ini menyaksikan Hafidz Romly mengalami kecederaan selepas bertembung dengan pemain Perak.

GOL! T-Team berjaya menjaringkan gol selepas rembatan pertama kali (first-timer) Mahmadou Samassa dari luar kotak penalti menerjah jaring.

Selepas itu perlawanan menyaksikan Perak terus mencari gol dengan permainan berkisar di bahagian T-Team sahaja.

Setakat 30 minit perlawanan, tempo perlawanan nyata perlahan dengan kedua-dua pasukan berhati-hati ketika melakukan serangan.

Setakat 30 minit perlawanan juga menyaksikan 3 kecederaan berlaku. Pertama adalah kecederaan Hafidz, kedua kecederaan Samassa yang terkena rembatan padu Zaquan Adha dan kecederaan Arif Fadzillah yang terkena terjahan Zaquan.

Perak mungkin tidak diserang bertali arus oleh pasukan T-Team, namun apabila mereka diserang pasukan T-Team hampir saja mendapat sesuatu dari serangan mereka.

Percubaan Perak menerusi Hafiz Kamal dari luar kotak penalti hampir saja menewaskan penjaga gol T-Team namun ia berjaya ditolak keluar.

Norhakim Hassan nyata merupakan masalah besar buat Amirul Azhan apabila beliau sering mencederakan pemain T-Team itu setiap kali terlibat dalam situasi 1 lawan 1.

Hasilnya, Azhan dikenakan kad kuning selepas melakukan terjahan lewat terhadap pemain itu.

Sebelum rehat, Hafiz hampir saja meletakkan Perak menyamakan kedudukan selepas sepakan percuma beliau singgah di palang.

Separuh masa kedua bermula dengan tempo perlawanan pada separuh masa pertama ditingkatkan di separuh masa kedua.

Perak hampir saja dibolosi apabila T-Team hampir saja menjaringkan gol kedua namun Azhan berjaya menolak bola dari garisan gol.

3 kali T-Team hampir saja menjaringkan gol kedua selepas mereka berjaya melakukan serangan balas pantas apabila Norhakim berjaya mendapatkan peluang tetapi ditepis oleh Hafizul Hakim sebelum Badrul Hisyam turut mencuba tetapi diselamatkan oleh Hafizul sebelum percubaan ketiga melambung tinggi.

Perak dinafikan sepakan penalti selepas pemain gantian Ahmad Khairil Anwar dijatuhkan dalam kotak penalti namun pengadil memilih untuk meneruskan permainan.

GOL! T-Team menjaringkan gol kedua selepas Amir Zafran menolak masuk bola ketika sepakan penjuru untuk berikan gol kedua tuan rumah pada minit ke-72.

GOL! T-Team jaringkan gol ketiga menerusi Farhod Tadjiyev selepas rembatan padu beliau yang cukup kencang menewaskan Hafizul di gol Perak.

Amir Zafran meraikan gol kedua T-Team. Gambar: T-Team

Perak hampir dibolosi gol keempat mereka namun Norhakim terperangkap ofsaid.

Perak cuba untuk bangkit dalam perlawanan ini namun ia tidak mampu mencari gol apabila pasukan T-Team cukup disiplin apabila bertahan.

Disiplin yang ditunjukkan memaksa pasukan Perak untuk hanya melakukan rembatan dari luar kotak penalti sahaja.

Baki minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Perak menguasai perlawanan cuma ia tidak berjaya membolosi gawang tuan rumah.

Percubaan dari Nasir Basharuddin dan Nazirul Naim antara percubaan dari luar kotak penalti yang tidak berjaya menerjah jaring tuan rumah.

T-Team hampir menjaringkan gol selepas lambungan berjaya memerangkap Hafizul namun tidak menerjah jaring.

Secara keseluruhannya, Perak mempunyai lebih banyak gerakakn ke pintu gol T-Team namun T-Team merupakan pasukan lebih berkesan di depan gol apabila menjaringkan 3 gol ke atas Perak.

Masa penuh – T-Team 3-0 Perak.

Kesebelasan utama

T-Team: Hafidz Romly (penjaga gol), Amir Zafran, Abdoulaye Maiga, Arif Fadzillah, Hassan Basri, Hasbullah Awang (kapten), Badrul Hisyam, Fauzi Kadar, Mahmadou Samassa, Norhakim Hassan, Farhod Tadjiyev

Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Amirul Azhan, Thiago Aquino, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Hafiz Kamal, Nasir Basharuddin (kapten), Zaquan Adha, Yashir Pinto, Faton Toski, Hadi Yahya

Baca juga: Ryan Giggs: “Menjadi Pemain Bola Ini Tidak Seindah Yang Difkirkan”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN