T-Team kalahkan Pulau Pinang dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Kuala Terengganu.
Pulau Pinang kuasai
Perlawanan bermula dengan agak perlahan dengan kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan rentak terdahulu sebelum mula mencari jaringan gol.
Namun begitu, T-Team hampir berjaya menghasilkan gol pendahuluan apabila hantaran lintang rendah dari sebelah kiri hampir menemui penyudah namun bola itu hanya lintas di depan gol.
Pulau Pinang kemudiannya hampir menjaringkan gol pada minit ke-14 selepas lambungan dari S. Kumaarhan berjaya menemui Jafri Chew, namun rembatannya lemah dan mudah ditepis oleh Izzudin Hussein.
Perlawanan agak membosankan kerana kedua-dua pasukan tidak melakukan banyak percubaan.
Namun begitu pasukan Pulau Pinang hampir untuk menjaringkan gol apabila sepakan percuma Jafri Chew dari jarak dekat ditolak oleh Izzudin pada minit ke-33.
Azrul Ahmad juga hampir menjaringkan apabila hantaran dari rakan sepasukannya hampir berjaya menemui beliau namun Izzudin berjaya memintas bola itu keluar 2 minit selepas sepakan percuma Jafri.
Pulau Pinang berjaya memperoleh sepakan percuma dihadapan gol namun rembatan Rafiuddin Roddin sedikit tersasar dari tepi gol.
Secara kesimpulannya, Pulau Pinang berjaya mendapatkan rentak berbanding T-Team yang seolah hilang arah dalam perlawanan ini.
Tuan rumah semakin positif
Separuh masa kedua masih menyaksikan pasukan Pulau Pinang lebih menguasai perlawanan berbanding T-Team.
Namun begitu, Farhod hampir meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-54 menerusi rembatan jarak jauh namun ia melayang tinggi melepasi gol.
Farhod sekali lagi hampir menjaringkan gol pada minit ke-56 selepas beliau hampir menyempurnakan sepakan gunting hasil dari hantaran lintang, namun percubaannya dikeluarkan oleh Mafry Balang.
Penjaga gol T-Team, Izzudin Hussein diberikan kad kuning kerana melakukan kekasaran terhadap pemain gantian Faizat Ghazli. Pada mulanya ia seakan berlaku di dalam kotak penalti, namun sebenarnya ia diluar kotak penalti.
GOL! T-Team akhirnya untuk pasukan T-Team muncul pada minit ke-71 selepas hantaran dari Dilshod dari tepi padang berjaya disudahkan oleh tandukan menerusi Samassa.
Sejurus bolos, pasukan Pulau Pinang terus melancarkan serangan ke pintu gol T-Team namun begitu bola terlalu laju tidak dapat dikejar oleh pemain Pulau Pinang.
Hasbullah Awang hampir memberikan gol kedua untuk pasukan tuan rumah namun begitu tandukan beliau dari situasi sepakan penjuru sedikit tersasar pada minit ke-75.
Azrul Ahmad hampir berjaya menjaringkan gol penyamaan namun begitu tandukan beliau berjaya ditangkap kemas Izzudin hasil dari hantaran lintang Faizat Ghazli.
Mafry Balang memberikan hantaran lintang yang baik ke dalam kotak penalti T-Team namun ia tidak berjaya disudahkan dengan sempurna oleh rakan-rakan beliau dalam kotak penalti tersebut pada minit ke-85.
Hakim Hassan hampir membunuh perlawanan ini namun rembatannya singgah di sisi jaring pasukan Pulau Pinang.
Farhod mempunyai peluang di masa kecederaan selepas T-Team berjaya melakukan serangan balas pantas. Namun rembatannya disekat pertahanan Pulau Pinang.
Masa penuh, T-Team 1-0 Pulau Pinang.
Kesebelasan utama
T-Team: Izzudin Hussein (penjaga gol), Kamal Azizi, Abdoulaye Maiga, Hasbullah Awang (kapten), Hassan Basri, Dilshod Sharofetdinov, Fakhurazi Musa, Zarulizwan, Ahmad Takhiyuddin, Farhod Tadjiyev, Mahmadou Samassa
Pulau Pinang: Syed Adney (penjaga gol), Mafry Balang, Andrew Russell, Matias Lobo, Redzuan Suhaidi, Diogo Fereira, Azrul Ahmad, Syameer Kutty Laba, S. Kumaarhan, Rafiuddin Roddin (kapten), Jafri Chew
Baca juga: Mourinho Mahu Pemain Keluar Dari Zon Selesa