Bagaimana Sekeping Syiling Membantu Itali Membina Sejarah Bola Sepaknya Pada 1968

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) adalah antara badan bolasepak yang paling aktif melakukan perubahan dalam format bolasepak.

Dari format perlawanan, kejohanan sehinggalah format penentuan pemenang perlawanan kalah mati, UEFA sentiasa menjadi yang pertama dalam dunia untuk mengubah dan mencubanya.

Dan semasa kejohanan Piala Eropah 1968, UEFA pernah menjadi tumpuan dek perubahan format pertandingan yang diperkenalkannya.

Itali lawan USSR

Separuh akhir Piala Eropah 1968 bertempat di Naples, Itali pada 5 Jun 1968 menemukan tuan rumah Itali dengan Kesatuan Soviet (USSR).

Perlawanan menarik minat kira-kira 70,000 penyokong (majoritinya penyokong Itali) untuk datang ke stadium Napoli ini.

Ini kerana semasa Piala Dunia 1966, Itali ditewaskan USSR. 2 tahun sebelum itu pula pada 1964, USSR sekali lagi menyingkirkan Itali daripada kejohanan Piala Eropah.

Lantas pasukan USSR dilihat sebagai pasukan pilihan dalam pertemuan kali ini.

Dalam usaha untuk menambah keyakinan pemain-pemainnya, ketua jurulatih Itali, Ferruccio Valcareggi cuba melancarkan perang psikologi dengan menyatakan USSR bukan pasukan yang terlalu hebat sehingga tidak boleh dikalahkan.

Walaubagaimanapun ketika perlawanan berlangsung, pemain-pemain Itali jelas dalam tekanan.

Dua-dua sama hebat

Ketika perlawanan berlangsung, ternyata kedua-dua pasukan bermain berhati-hati. Malah kedua-dua pasukan juga gagal menyempurnakan beberapa peluang gol.

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 ini berlangsung sangat sengit dan berakhir dengan kedudukan 0-0 selepas tamat 90 minit.

Pada ketika itu masih belum ada peraturan masa tambahan, silver goal, golden goal mahupun penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang dalam peringkat kalah mati.

Tamat perlawanan kedua dua pasukan menuju bilik persalinan. Kapten kedua-dua pasukan kemudiannya dipanggil oleh pengawai pertandingan.

Kapten USSR, Albert Shesternyov (gambar) dan kapten Itali, Giaccinto Facchetti dibawa ke satu ruang oleh beberapa pegawai pertandingan.

Penentuan ditentukan nasib

Pengadil dari Jerman, Kurt Tschenscher, mengeluarkan syiling dari poket beliau dan memberikan taklimat. Kedua-dua kapten faham pentingya nasib mereka kali ini berbanding kemahiran bermain bolasepak.

Ini kerana buat pemenang perlawanan ditentukan oleh lambungan duit syiling.

coin toss

Frachetti meneka ekor (tails). Manakala Shesterynov pula mahu tidak mahu meletakkan nasib USSR kepada kepala (heads). Lambungan syiling tersebut memihak kepada Itali dan Fracchetti.

Lantas beliau berlari keluar dari terowong dan memberikan isyarat yang mereka sudah beroleh kemenangan. Sekitar 70,000 penyokong Itali di stadium bergembira.

UEFA mengeluarkan rangkuman video perlawanan di televisyen pada 2 hari kemudian untuk membuktikan prosedur balingan syiling dijalankan dengan telus.

Itali akhirnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Yugoslavia. Sebagai rekod, mereka menang 2-0 dalam perlawanan ulangan akhir selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir pertama.

Ia adalah tie breaker paling pelik pernah berlaku dalam sejarah perlawanan bolasepak.

Tetapi tuah duit syiling ini membantu Itali membina pasak sejarah bola sepak moden mereka selepas kali terakhir menang trofi semasa Piala Dunia 1938, iaitu 30 tahun sebelumnya.

Penutup

Dalam saingan Kumpulan H semalam, Jepun layak ke pusingan kalah mati tanpa perlu melakukan lambungan syiling, setelah memiliki mata, perbezaan dan jumlah jaringan yang sama dengan Senegal.

Jepun layak melalui penentuan fair-play, iaitu berdasarkan jumlah layangan kad yang diterma setiap pasukan sepanjang 3 perlawanan peringkat kumpulan.

Apa pendapat anda? Sistem mana yang lebih wajar? Adakah ianya relevan untuk mempertaruhkan keputusan pertandingan kepada nasib?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN