Syihan Hazmi Mahu JDT Kutip 3 Mata Penuh Atasi Negeri Sembilan

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaiti Ahmad Syihan Hazmi Mohamed antara pemain yang kini bersemangat untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023 menentang Negeri Sembilan.

Bagi Syihan, pastinya pertemuan ini dianggap istimewa kerana Negeri Sembilan menjadi kelab yang diwakili beliau pada musim lalu dan menaikkan nama penjaga gol tersebut di Malaysia.

“Kena Sentiasa Fokus”- Syihan Hazmi Dedah Latihan Bersama JDT Sangat Berbeza

Tampil dengan sangat konsisten musim ini, pastinya Syihan mempunyai misi tersendiri untuk membantu pasukannya meraih tiga mata penuh serta terus mengukuhkan diri persada Liga Super tanpa kekalahan.

Sehingga kini, Syihan hanya dibolosi tiga gol sahaja selepas mengharungi 15 perlawanan dalam saingan Liga Super dengan mempamarkan aksi cukup cemerlang selaku benteng terakhor JDT.

Bagi perlawanan ini, Syihan menyatakan kepada rakan sepasukan lain supaya kekal fokus bagi memastikan tiga mata penuh dalam genggaman mereka.

Malah, penjaga gol berusia 27 tahun itu juga mengakui segala persiapan dibuat ketika ini berjalan dengan sangat lancar dan sedia memberikan terbaik untuk menentang lawan.

“Siapa pun lawan JDT, kita sebagai satu pasukan akan memberi tumpuan dan menentang mereka habis-habisan bagi memastikan misi mengutip tiga mata menjadi kenyataan.

“Persiapan menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan ini berjalan lancar, rakan pasukan berada di tahap terbaik dan akan memberikan lebih daripada 100 peratus sekiranya diturunkan pada aksi Liga Super ini,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Syihan juga tidak menganggap aksi beliau yang dibolosi satu gol ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City) pada perlawanan lalu menjatuhkan motivasinya.

“Sebagai benteng terakhir pasukan, setiap penjaga gol diberikan kepercayaan tinggi melaksanakan tugas dengan sempurna tidak membenarkan gawang dibolosi pasukan lawan.

“Bagaimanapun, apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak dan kita tidak boleh cepat rasa ‘down’, sebaliknya cuba bangkit dan memperbaiki diri dan menamatkan permainan dengan baik,” katanya lagi.

Seterusnya, penjaga gol tinggi lampai itu juga mengakui masih banyak lagi perlu diperbaiki beliau dalam usaha untuk mengekalkan status terbaik bersama JDT pada masa akan datang bawah kendalian Esteban Solari.

“Setiap hari berlegar di fikiran saya adalah untuk memperbaiki diri dan tidak boleh terlalu berpuas hati. JDT sememangnya mempunyai barisan pertahanan yang ampuh namun itu tidak bermakna pasukan lawan akan berusaha melakukan percubaan berbahaya dan saya harus sentias bersedia.

“Secara keseluruhan bagi musim pertama ini, Syihan merasa amat bersyukur kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang memberikan kepercayaan dan fokus untuk terus melangkah jauh,” jelas beliau.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN