Syifa Melvin yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak berpengaruh negara iaitu Safawi Rasid dilihat telah pun mempromosikan satu laman judi semalam menerusi Instagram beliau untuk khalayak ramai.
Laman web yang dikenali sebagai Score808 itu merupakan antara yang terkenal mempromosikan judi dan pertaruhan secara haram selain turut memberi akses siaran langsung bola sepak di serata dunia.
Walaupun tujuan Syifa mungkin ingin memberi akses kepada perlawanan membabitkan suaminya iaitu Safawi yang kini berada di Thailand secara percuma, hakikatnya ia merupakan suatu kesalahan perlu dielakkan kerana turut mempromosikan judi buat khalayak umum.
Safawi yang kini berada di Thailand telah pun membuat beberapa penampilan bersama pasukannya iaitu Ratchaburi FC dalam saingan Thai League 1 secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Untuk mengakses siaran langsung membabitkan aksi Safawi di sana mungkin agak sukar buat para peminat beliau yang ingin melihat kelibat pemain tersebut bermain buat Ratchaburi.
Mungkin disebabkan itu, Syifa mengambil pendekatan untuk berkongsi pautan tersebut, dan ianya salah sebenarnya kerana membabitkan unsur judi serta pertaruhan.
Walaupun begitu, Syifa sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum berkongsikan pautan tersebut untuk mengelakkan unsur fitnah berlaku dalam kalangan penyokong.
Malah, Syifa sendiri boleh dianggap telah mempromosikan judi kepada para penyokong bola sepak tempatan dan menjadi suatu kesalahan dari segi hak penyiaran di sana.
Sebelum ini, Semuanya BOLA sendiri pernah mendedahkan kesalahan beberapa laman sukan yang mempromosikan pautan judi untuk para penyokong.
Adakah Page Bola Sepak Malaysia Ini Tidak Sedar Mereka Mempromosi Syarikat Judi? https://t.co/WtgPOM8Xxj
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 18, 2021
Perkara-perkara sebegini perlu dielakkan terus dalam bola sepak negara, kerana jika dibiar ia akan menjejaskan sendiri imej saingan Liga Malaysia (Liga-M) dengan menggalakkan judi sebagai suatu normalisasi buat penyokong tempatan.
Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 219:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”
Apapun, semoga ia menjadi iktibar buat Syifa selepas ini untuk lebih berhati-hati berkongsi sebarang pautan agar terhindar daripada sebarang prasangka dan pandangan negatif warganet di media sosial.