Syed Saddiq Tiada Niat Campur Tangan Urusan KAFA

Syed Saddiq Ultras Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berniat sama sekali untuk campur tangan dalam urusan Persatuan Bola Sepak Kelabtan (KAFA).

Perkara itu dinafikan oleh Syed Saddiq melalui satu kenyataan  media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Penafian tersebut dilakukan selepas terdapat laporan daripada beberapa akhbar tempatan bahawa Syed Saddiq berminat menentukan hala tuju KAFA, selepas perjumpaan dengan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Putrajaya baru-baru ini.

Kenyataan Media Berhubung Laporan Akhbar Utusan Malaysia Bertajuk ‘Pemilihan KAFA Tarik Perhatian Syed Saddiq’

Unit Komunikasi Korporat
26 Jun 2019

Posted by KBSMalaysia on Tuesday, June 25, 2019

Kenyataan daripada KBS itu menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan pertemuan Menteri dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebenarnya adalah berkaitan tugas rasmi, iaitu tertumpu kepada cadangan menurunkan had umur mengundi di negara ini daripada usia 21 tahun kepada 18 tahun.

Abdul Rashid adalah Ketua Bahagian Parti Bersatu cawangan Kota Bharu dan merupakan salah seorang individu yang dikatakan berminat untuk mengisi jawatan Presiden KAFA selepas pengunduran penyandangnya, Bibi Ramjani Ilias Khan baru-baru ini.

Kongres Agung Luar Biasa (EGM) KAFA dijadualkan akan berlangsung pada 6 Julai hadapan untuk tujuan itu memilih tampuk kepimpinan baharu persatuan khususnya untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak Kelantan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN