Syed Saddiq Sedia Bantu Pemain Yang Sudah Lama Tak Dapat Gaji

Syed Saddiq Ultras Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu media bahawa beliau sedia untuk membantu mana-mana pemain bola sepak Liga M yang menghadapi masalah tunggakan gaji – untuk tempoh yang lama.

Syed Saddiq jelas sekali memandang serius permasalahan ini. Syed Saddiq kemudian memberitahu mesej jelas kepada para pemain yang teraniya bahawa beliau sentiasa membuka pintu kepada mereka.

Ini bagi membolehkan mana-mana pemain yang mahu berjumpanya dan membincangkan masalah tersebut. Beliau mahu mendengar dahulu rungutan dan aduan para pemain sebelum menyiasat perkara tersebut.

Dipetik daripada Arena Metro, Syed Saddiq berkata: “Isu seperti ini [tunggakan gaji kritikal], berdasarkan laporan yang saya terima, perkara paling terbaik ialah memberitahu mereka yang berada di luar sana bahawa pintu saya sentiasa terbuka.”

“Apa ingin saya tekankan ialah kita akan sentiasa memberi sokongan kepada para pemain yang ditindas dan kita juga akan mengikut saluran undang-undang yang sedia ada.”

https://twitter.com/ArenaHM/status/1142729951164059648

Isu tunggakan gaji para pemain bola sepak di Malaysia terus kritikal dan terus menjadi masalah yang tiada berpenghujung. Banyak pasukan yang masih belum menjelaskan gaji pemain seperti yang dijanjikan.

Antara punca masalah ini adalah sikap pengurusan yang emosional dalam berbelanja dan menawarkan gaji kepada pemain – demi menarik seseorang pemain menyertai pasukan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN