Syed Saddiq Mahu Tetapkan Tarikh, TMJ Enggan ‘Termakan Umpan’

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam berkata beliau bersedia untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan dicadang untuk diadakan di Larkin.

Sehubungan dengan itu, Syed Saddiq berkata beliau akan mengutus surat kepada TMJ untuk menentukan tarikh perlawanan boleh diadakan.

Bercakap kepada pemberita seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Syed Saddiq berkata perlawanan tersebut boleh dijadikan medan terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim kedua-dua pihak.

“Saya rasa dalam bab ini, saya akan mengutuskan surat kepada TMJ kerana perlawanan persahabatan ini penting bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan memastikan sukan dijadikan jambatan untuk menyatupadukan semua.

“Saya juga agak yakin ini adalah antara fungsi sukan bukan hanya untuk terus kekal sihat tetapi mengeratkkan hubungan silaturrahim terutama di bulan Ramadan yang istimewa ini,” ujar Syed Saddiq.

TMJ sambut cabaran

Sebelum ini TMJ menyahut cabaran yang dilontarkan Syed Saddiq untuk bermain perlawanan persahabatan. Segalanya bermula apabila TMJ menyuruh Menteri Belia Dan Sukan – Syed Saddiq mendalami ilmu bola sepak – bukannya menjadikan bola sepak sebagai kelangsungan politik.

TMJ berkata: “Pertama sekali, kamu [Syed Saddiq] harus belajar menendang bola. Cuba untuk melibatkan diri dalam industri bola sepak demi kelangsungan politik adalah satu jenaka.”

“Cuba untuk memandang rendah apa yang saya telah capai dalam bola sepak, ibarat ‘clown fish’ yang cuba memberikan komen tentang apa yang harus dilakukan oleh jerung untuk berenang dan memburu.”

https://twitter.com/modsya/status/1133633734010331137

“Tumpukan sahaja perhatian kepada E-Sukan. Ataupun buat benda yang kamu pakar iaitu ‘kencing’ dan ‘sucking up‘. Sekarang pergi dan bermain di tempat lain Picasso.”

Kenyataan itu telah dibalas oleh Syed Saddiq yang berkata: “Saya berbesar hati beliau pernah melihat saya bermain bola sepak. Malah ibu saya sendiri tidak pernah [melihat saya bermain].”

“Mungkin saya harus menjemput beliau untuk [perlawanan] persahabatan. Ianya sentiasa cara terbaik untuk mengurangkan ketegangan.”

Perkara itu kemudian dipanjangkan lagi oleh pengamal media – Vijhay Vick yang merasakan idea perlawanan persabahatan itu harus dipertimbangkan.

Dalam muat naik di Twitter semalam Vijhay berkata: “Pasukan @HRHJohorII [TMJ] vs Pasukan Syed Saddiq di atas padang bola sepak. Kita ada padang yang sangat bagus di pusat latihan JDT. Juga ada 3 jenis permukaan.”

TMJ bersetuju dengan cabaran itu dengan berkata:

“Cabaran diterima. Larkin sentiasa terbuka untuk pasukan Picasso. Kemudian cabaran skil 1 lawan 1 sebagai Gladiator mesti ada. Rasanya perkara ini boleh dilakukan tidak lama lagi, atau adakah kita kena tunggu sehingga Man. City membeli kelab Malaysia terlebih dahulu?”

https://twitter.com/HRHJohorII/status/1133768516580941824

Ada juga warga twitter yang sudah menyiapkan montaj khas kompilasi aksi TMJ dan Syed Saddiq.

Perkembangan terbaru

Walaupun rata-rata komen daripada netizen mahu melihat perlawanan ini untuk direalisasikan, ianya kemungkinan besar tidak akan berlaku.

Melalui muat naik terbaru oleh TMJ semalam, baginda bersetuju dengan komen salah seorang warga Twitter yang berpendapat perlawanan sebegini tidak diperlukan.


“Noted. You’re right. Tergigit umpan orang lain nak kejar popularity. My mistake. Selamat berbuka,” ujar baginda ringkas petang semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN