Syed Saddiq Kecewa Pengurusan Jualan Tiket, Ribuan Penyokong Akhirnya Masuk Percuma

Guardiola on Savinho and De Bruyne's recent form Loading official content
Guardiola on Savinho and De Bruyne's recent form
Pep Guardiola, Manchester City manager, discussed Savinho and De Bruyne’s role in the 2024/25 season.
0 seconds of 47 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:47
00:47
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Xavi back in Leipzig training after the winter break Arteta: 'Much more to come from Merino' Kaka's strike from outside the box vs Atlanta United Juventus start the year 2025 with Suppercoppa preparations in Riyadh Conceicao on facing his son in his first game as Milan coach Outstanding debut moves showcasing PSG's new stars in action PSG's best Ligue 1 goals so far from 2024-25 season Best in the world: Vini Jr is honored at CBF headquarters Lihat lebih video Manchester City di OneFootball

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq jelas kecewa dengan urusan penjualan tiket Piala AFC B-16 di antara Malaysia dan Thailand sebentar tadi.

Syed Saddiq sendiri hadir untuk menyaksikan perlawanan itu.

Walaupun perlawanan hampir bermula, masih ramai penyokong berkumpul di luar, tak dapat masuk ke dalam stadium kerana tiada tiket. Menerusi twitter, beliau berkata:

“Setibanya saya di Stadium Bukit Jalil, saya terus ke tempat penjualan tiket bagi memastikan semua penyokong Malaysia dapat masuk.”

“Ada diantara mereka datang dari Kedah-Johor, menunggu daripada awal pagi disebabkan pengurusan tiket yang lemah.”

Selepas itu, pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa membuka pintu dan membenarkan kesemua penyokong yang masih tersekat di luar untuk masuk secara percuma.

Syed Saddiq berada di pintu masuk, untuk memastikan kesemua urusan penyokong masuk diselesaikan. Syed Saddiq kemudian menyatakan:

“Kepada semua penyokong, pintu A telahpun dibuka hanya perlu melepasi kawalan keselamatan.”

“Saya akan berada di pintu A sehingga isu ini selesai.”

‏Beliau mengucapkan terima kasih kepada FAM yang memberikan kerjasama di dalam usaha memastikan penyokong dapat masuk ke stadium.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan FAM kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya sehingga masalah ini dapat diselesaikan secara bersama!”

Isu pengurusan penjualan tiket yang lemah ini bukanlah baru dalam bola sepak Malaysia. Mungkin pihak pengurusan harus pro aktif dalam menangani masalah ini.

Ini termasuk menggunakan mekanisme seperti penjualan tiket secara atas talian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN