Syed Saddiq Dedah NFDP Sudah Belanja RM80 Juta Sejak 2014

Sejak ditubuhkan pada 2014, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM80 juta.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman melalui satu sidang media semalam., sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu turut mendedahkan jumlah tersebut tidak termasuk kos pembinaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang terletak di Gambang.

Ketika sidang media tersebut, Syed Saddiq dipetik sebagai berkata:

“Kita sudah membelanjakan berpuluh juta ringgit namun masih di sini. Jelas perlu ada penstrukturan semula kerana kita tidak berada pada kedudukan yang selesa atau selamat. Banyak yang perlu dilakukan.

Namun demikian Syed Saddiq berpendapat NFDP harus diteruskan, tetapi perlu terlebih dahulu melibatkan kajian dan penstrukturan semula.

“Kita tidak boleh menghentikan NFDP kerana ia adalah program yang bagus. Ia pembangunan akar umbi yang membabitkan seluruh negeri. Namun perlu ada penstrukturan semula dan perbincangan rapi bersama pihak berkepentingan untuk melangkah ke depan,” tambah beliau lagi.

Untuk tujuan itu, satu jawatankuasa khas melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam bola sepak negara seperti NFDP sendiri, Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak lain termasuk bakal penaja dijadualkan akan bertemu pada 15 Oktober hadapan bagi membincangkan hala tuju program berkenaan selepas ini.

NFDP adalah program cetusan idea mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Melalui akaun Twitter beliau, Khairy turut senada dengan Syed Saddiq yang mahukan kajian menyeluruh dilakukan terhadap NFDP sebelum pelaksanaan seterusnya dilakukan.

Dalam sidang media itu juga Syed Saddiq turut mendedahkan kerajaan terdahulu berjanji menyalurkan RM20 juta setahun kepada NFDP untuk melaksanakan program mereka.

Bagaimanapun menurut beliau, NFDP hanya menerima RM10 juta (2014), RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan RM3.5 juta (2017).

Skuad B-16 negara sebelum itu gagal melangkah ke pusingan kalah mati Kejohanan AFC B-16 yang berlangsung di Kuala Lumpur, sekaligus bermakna objektif ke Piala Dunia di Peru tahun hadapan gagal dicapai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN