Syed Saddiq Akur & Sudah Kirim Surat Rasmi Permohonan Maaf Kepada Indonesia

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan sudah mengutus surat rasmi permohonan maaf kepada Kerajaan Indonesia berkaitan insiden penyokong bola sepak negara tersebut dikasari di Malaysia.

Perkara itu dilaporkan oleh media di Indonesia, Kompas.com pada hari ini.

Sebelum ini Indonesia mendakwa terdapat penyokong bola sepak dari negara berkenaan dipukul oleh penyokong Malaysia susulan tularnya sebuah video dua individu dipukul sekumpulan lelaku.

Insiden tersebut dipercayai berlaku selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2020/Piala Asia 2023 yang lalu.

Syed Saddiq bagaimanapun sebelum ini menafikan video tersebut dengan perlawanan kelayakan membabitkan kedua-dua negara.

Siasatan pihak polis turut mengesahkan video tersebut sebagai kes samun yang berlaku di sekitar ibu negara sebelum perlawanan membabitkan Malaysia dan Indonesia.

Laporan tersebut membuatkan kebanyakkan penyokong Indonesia dan juga Menteri Pemida dan Olahraga Republik Indonesia, Zainuddin Amali tidak senang.

Permohonan maaf oleh Syed Saddiq melalui satu muat turun video turut dianggap sebagai tidak menghormati hubungan kedua-dua negara.

Malah Zainudin terus mendesak Syed Saddiq untuk mengirimkan surat untuk memohon maaf kepada masyarakat Indonesia.

Dalam surat rasmi yang telah diterima oleh Kerajaan Indonesia, Kompas.com berkata Syed Saddiq telah mengesahkan kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN