Syed Saddiq Akui Kerajaan Malaysia Berminat Untuk Menganjurkan Piala Dunia 2034

Syed Saddiq Ultras Malaya

Baru-baru ini, Pengerusi ASEAN, Jeneral Prayuth Chan o-cha, yang juga Perdana Menteri Thailand, mengumumkan badan serantau itu bersetuju untuk membangunkan satu usaha bersama bagi membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

Idea untuk menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu telah dicadangkan kepada pemimpin negara Asia Tenggara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-34, di Thailand.

FOTO: Facebook Dr. Mahathir Mohammad

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman, mengesahkan kerajaan Malaysia akan meneruskan bidaan bersama negara Asia Tenggara yang untuk menganjurkan Piala Dunia 2034.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet kelmarin dan mendapat sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menganjurkan saingan Piala Dunia bersama negara-negara ASEAN untuk memastikan bidaan itu dimenangi,” katanya dalam Stadium Astro.

Namun begitu, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) masih belum berbincang mengenai mekanisme bidaan itu.

Bagaimanapun, mereka berdepan satu halangan, iaitu bidaan daripada China untuk penganjuran Piala Dunia 2030. Justeru itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diarahkan berbincang dengan pihak kedutaan China di Malaysia.

“Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sudah memberikan lampu hijau dalam Mesyuarat Kabinet semalam (kelmarin) dan mengarahkan kementerian saya berbincang perkara ini dengan serisu bersama pihak Duta Besar China ke Malaysia, (Bai Tian).

“Cuma kita faham, jika China menang bidaan Piala Dunia 2030, maknanya kita perlu tunggu minimum 2038. Tapi kita akan cuba yang terbaik. Pada masa sama kita perlu berhubung dengan pihak China untuk mengetahui status hasrat mereka itu,” jelasnya dalam Arena Metro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN