Syed Saddiq Ajak Penyokong Ke Hanoi Beri Sokongan Padu Kepada Harimau Malaya

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan turut serta ke Stadium My Dinh, Hanoi bersama-sama para penyokong untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya pada aksi kedua final Piala Suzuki AFF sabtu ini.

Malah, beliau yakin dengan kemampuan skuad kendalian Tan Cheng Hoe dan meramalkan Malaysia akan membawa pulang Piala AFF sekaligus mengulangi pencapaian pada tahun 2010.

Menjelang perlawanan penting ini, sebanyak empat pesawat sewa khas disediakan oleh syarikat tambang murah, AirAsia untuk membawa barisan penyokong Ultras Malaya ke Hanoi.

Syed Saddiq berkata kepada Berita Harian, ia adalah bertujuan untuk membawa seramai mungkin penyokong negara ke Hanoi bagi memberi sokongan padu kepada barisan pemain bimbingan Tan Cheng Hoe.

“Saya yakin barisan pemain negara mampu untuk menang biarpun beraksi di tempat lawan.

“Saya menyeru untuk rakyat Malaysia bersama-sama memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kerana melalui sukan, ia dapat menyatupadukan rakyat pelbagai agama dan Bangsa, ” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke pentas akhir ialah pada edisi 2014, namun tewas di tangan Thailand.

Sebelum ini, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Air Asia memperkenalkan harga promosi dalam masa terdekat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, tawaran itu diberikan kerana mahu memastikan lebih ramai penyokong Malaysia dapat hadir di Stadium My Dinh untuk memberi sokongan padu kepada skuad negara.

“Malaysia memerlukan sokongan sebanyak mungkin. Ketika saya di Hanoi, saya melihat rakyatnya begitu menggila apabila mereka menang.

“Kita (AirAsia) akan cuba aturkan. Apa yang kita cuba lakukan adalah penerbangan akan berlepas melalui Bangkok (jika tiada penambahan slot penerbangan dari Malaysia) dan kita akan cuba menggunakan kapal terbang yang lebih besar.

“Jika kita mendapat slot dan hak, kita akan cuba menambah bilangan kapal terbang selain bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ultras Malaya,” kata Tony.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN