Nama Malaysia mungkin akan terus bersinar pada musim hadapan dalam saingan di England iaitu English Premier League (EPL) apabila mereka dilaporkan sebagai antara calon penaja utama buat salah satu kelab gergasi, Chelsea.
Laporan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Footy Headlines dengan menyatakan Malaysia Airlines (MAS), Bank of America, dan Riyadh Air menjadi calon utama kini selaku penaja buat The Blues.
Sebelum itu, pendedahan ciri rekaan jersi utama Chelsea sudah pun dikeluarkan laman tersebut dan bakal menjadi yang pertama dalam sejarah untuk musim 2024/2025.
Ia menggabungkan warna tradisi mereka iaitu biru dan putih serta menggunakan gabungan merah serta oren untuk dikenakan pada jersi kelab tersebut pada saingan hadapan.
Salah satu syarikat paling diberi utama Chelsea ketika ini terarah kepada Riyadh Air yang merupakan syarikat penerbangan dari Arab Saudi yang sebelum ini menaja Atletico Madrid di Sepanyol.
Walaupun begitu, kegagalan Chelsea untuk melayakkan diri sertai kejohanan Eropah terutama sekali UEFA Champions League (UCL) menjadikan rundingan tersebut sedikit sukar.
Selain itu, Chelsea turut membuat perbincangan dengan Bank of America yang pernah menjadi rakan korporat jangka masa panjang kepada Los Angeles Dodgers untuk saingan Major League Baseball.
MAS juga turut berada dalam perbincangan tersebut dan syarikat dari Malaysia itu pernah menjalinkan hubungan secara global bersama Liverpool antara tahun 2016 dan 2019.
Jangkaan tajaan sebanyak £60 juta selama setahun mengikut kontrak bersama Riyadh Air kini dianggap sangat mustahil walaupun mereka berada dalam senarai teratas selaku calon pilihan penaja Chelsea kerana kegagalan pasukan tersebut melayakkan diri ke saingan UEFA Champions League (UCL).
Lebih menarik, perjanjian kelab bersama Oman Air selaku syarikat penerbangan rasmi Chelsea dan kerjasama global juga sudah pun ditamatkan pada bulan lalu.
Keputusan ini dibuat sendiri oleh pengurusan tertinggi baharu Oman Air tanpa dipengaruhi oleh perbincangan antara Chelsea bersama Riyadh Air serta Malaysia Airlines.
Sesuatu sangat menarik jika MAS terpilih untuk menjadi rakan penaja utama mereka dengan logo syarikat tersebut bersama nama Malaysia akan terpampang dalam setiap perlawanan musim seterusnya.
Melihat kepada pemain-pemain ternama Chelsea memakai jersi dengan tulisan nama Malaysia berhadapan kelab berpengaruh seperti Manchester United pastinya akan membanggakan rakyat tempatan terutama penyokong The Blues di negara.
Namun jika dilihat pada peluang tersebut, ada kemungkinan juga Chelsea akan menilai semula dengan MAS perlu bersaing dengan Bank of America untuk menjadi penaja utama pasukan.
Pandangan anda pula?