Syarikat Arab Saudi Batalkan Hasrat Ambil Alih Newcastle United

Newcastle United Saudi

Hasrat konsortium didanai Arab Saudi yang sebelum ini berhasrat untuk mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United akhirnya terkandas di pertengahan jalan apabila kumpulan tersebut menarik balik bidaan yang dibuat.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada syarikat Dana Pelaburan Awam (PIF) milik Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman dan PCP Capital Partners & Reuben Brothers dilaporkan telah membuat bidaan £300 juta (RM1.6 bilion) utuk membeli Newcastle dari jutawan British, Mike Ashley pada April lalu.

Bagaimanapun, pengambil alihan itu berdepan dengan banyak halangan termasuklah disiasat dan menghadapi proses penilitian yang terlalu panjang oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah Liga Perdana Inggeris (EPL) sehinggakan PIF menjadi hilang sabar.

“Penghargaan buat komuniti Newcastle yang cukup signifikan dengan kelab bola sepaknya, dukacita dimaklumkan bahawa kami terpaksa mengambil keputusan untuk menarik semula minat dan niat untuk memperoleh kelab Newcastle United.

“Ternyata kami kecewa dengan keputusan ini sekalipun kami teruja dan telah menunjukkan komitmen untuk melabur di bandar Newcastle inni dan percaya mampu memberikan kegemilangan dan mencipta sejarah bersama penyokong yang secara tradisinya sangat hebat.

“Malangnya proses yang terlalu panjang ditambah pula dengan kaeadaan global yang tidak menantu, kami melihat pelaburan ini tidak lagi sesuai untuk diteruskan.

“Seperti yang sering berlaku kepada mana-mana syarikat perniagaan, pelaburan yang dicadangkan tidak dapat diteruskan atas pelbagai faktor terutamanya jangka masa tertentu yang sering menjadi penghalang.

“Apatah lagi ketika tempoh sukar sepanjang krisis pandemik yang dihadapi oleh kita semua ketika ini,” ujar kumpulan pelaburan tersebut.

Faktor perubahan jadual musim depan yang tidak menentu serta norma baharu yang mengubah kebiasaan seperti kehadiran penonton serta isu-isu yang melibatkan perlawanan, latihan dan aktiviti-aktiviti lain turut disebut sebagai punca.

Salah satu isu yang menjadi kritikan mengenai cadangan pengambil alihan itu adalah tindakan pihak berkuasa Arab Saudi yang tidak bertegas dengan masalah penyiaran ‘haram’ perlawanan EPL di negara tersebut.

Bulan lepas, Organisasi Dagangan Dunia telah memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa negara tersebut telah melanggar peraturan global berkenaan hak cipta harta intelek selepas gagal mendakwa dan menghukum ‘lanun’ penyiar rancangan sukan dan filem.

Malah kumpulan hak asasi manusia turut menentang pengambil alihan berkenaan berikutan peristiwa pembunuhan terancang kolumnis The Washington Post, Jamal Kashoggi yang berlaku dalam kedutaan Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018.

Perkembangan terbaharu ini menjadikan Mike Ashley akan terus menjadi pemilik Newcastle, namun media British melaporkan jutawan Amerika Syarikat, Henry Mauriss juga berminat untuk membida kelab berkenaan.

Kredit Foto: BBC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Newcastle United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN