Syarikat After Image Rakan Kongsi Baru Urus KAFA, Sasar Ke Liga Super 2021

Beberapa perubahan ketara sedang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam usaha membangunkan kembali bola sepak di negeri itu pada musim akan datang.

Pertamanya ialah dengan penubuhan syarikat baharu Team Red Warriors Sdn Bhd bagi mengambil alih dari syarikat sebelumnya, The Red Warriors Sdn Bhd yang menguruskan pasukan Kelantan di Liga Malaysia sebelum ini.

Kemudian sebuah entiti lain, dikenali sebagai Syarikat After Image Sdn Bhd. pula akan tampil sebagai rakan kongsi Team Red Warriors Sdn Bhd bagi membantu pengurusan kewangan KAFA bagi memastikan musim 2020 dapat berjalan dengan lancar.

Sebagai permulaan, Ketua Pegawai Eksekutif After Image Sdn Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan semua tunggakan hutang membabitkan pemain dan pengurusan yang ditanggung KAFA secepat mungkin.

KAFA juga dikatakan memerlukan sekitar RM6 juta untuk pengurusan kewangan skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

“Kami menyasarkan penajaan yang sederhana dan tidak berbelanja seperti pasukan lain.

“Setakat ini sudah ada beberapa syarikat yang menyatakan persetujuan untuk menjadi penaja KAFA,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani kontrak bersama penaja semalam.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Presiden KAFA Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Timbalan Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah.

Antara usaha lain selain daripada penajaan yang diharap mampu membantu kewangan KAFA ialah melalui sumber kewangan hasil jualan tiket perlawanan persahabatan yang telah dirangka oleh badan itu sehingga sepak mula berlangsung pada 28 Feb depan.

Presiden KAFA, Wan Abdul Rahim juga berkata pihaknya memberi peluang kepada mana-mana penaja untuk tampil memberikan penajaan sepanjang tahun.

Sebelum ini persatuan tersebut mengamalkan amalan menutup pintu penajaan sebelum sepak mula berlangsung.

“Fasa pertama penajaan akan bermula pada pra musim, fasa kedua ketika sepak mula berlangsung dan fasa ketiga ketika sesi pertukaran pemain pada April hingga Mei depan,” katanya.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah pula berkata sasaran pasukan untuk musim hadapan ialah untuk layak ke Liga Super pada musim 2021.

“Sasaran itu difikirkan sesuai selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan format baharu bagi Liga Premier iaitu empat ‘feeder club’ yang akan kekal dalam liga itu dan kami yakin mampu berada dalam ranking tertinggi saingan itu musim depan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN