Syarikat Abu Dhabi Selesai Ambil Alih Charlton Athletic

Syarikat konsortium yang berpangkalan di Abu Dhabi, East Street Investments telah selesai mengambil alih kelab divisyen kedua England, Charlton Athletic.

Pengumuman itu dibuat oleh pemilik baharu kelab itu pada Khamis dan usaha untuk membeli kelab selatan London itu telah pun bermula sejak November lalu dan bergantung kepada kelulusan badan pengurusan Liga Bola Sepak England.

“Demi untuk kelangsungan jangka masa panjang Charlton Athletic, urusan pengambil alihan ini telah pun selesai pada awal pintu perpindahan Januari dibuka,” kata bekas pemilik, Roland Duchateley kepada laman web rasmi kelab.

“Ia membolehkan pemilik baharu memberikan komitmen dalam menyediakan sumber yang diperlukan kelab supaya dapat membawa masuk pemain-pemain baharu yang akan membantu menyelamatkan kedudukan kelab dalam Liga Kejuaraan ini,” tambah Duchatelet lagi.

Diasaskan pada 1905, Charlton kini berada di kedudukan ke-19 daripada 24 pasukan dengan hanya lima mata sahaja dari zon penyingkiran.

Hartawan Abu Dhabi, Tahnoon Nimer yang merupakan pemegang saham terbesar East Steeet Inverstments akan menjadi sebahagian daripada ahli lembaga pengarah Kelab.

Usahawan British, Jonathan Heller akan bertindak selaku pengarah sementara Matt Southall pula dilantik sebagai pengerusi kelab.

Matt Southall dalam kenyataannya menyebut beliau telah berbesar hati dapat bertemu dengan semua staf yang berdedikasi dalam memberikan servis terbaik dan setia dengan kelab.

“Ianya satu keistimewaan untuk saya apabila dapat menghadiri setiap perlawanan dan saya dapat lihat sendiri kenapa kelab bola sepak ini memberi makna yang begitu besar kepada ramai orang di luar sana.

“Saya telah berjumpa ratusan penyokong, menghadiri beberapa perjumpaan bersama komuniti kelab dan bercakap dengan beberapa orang yang mengatakan Charlton Athletic ini amat bermakna kepada mereka.

“Kami akan lakukan apa sahaja di bawah bidang kuasa kami untuk mempertahankan legasi dan masa depan kelab ini. Sekarang, masa untuk bekerja keras telah bermula.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN